Aduka Taruna: Antara Sultan Dan Isteri Nabi S.A.W
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
(www.drmaza.com)
Tiba-tiba nama Aduka Taruna menjadi masyhur disebabkan penghinaannya kepada Sultan Iskandar, Sultan Johor yang sudah meninggal dunia. Siapa Aduka Taruna sebenarnya, tidaklah saya ketahui. Namun di sini ada beberapa perkara mengenai isu beliau yang saya hendak sentuh:
1. Menghina atau mengungkit kisah orang yang sudah mati, tiada gunanya lagi. Jika hendak nasihat, atau mengkritik, kritiklah yang masih hidup secara membina atau membetulkan keadaan. Read more…
Oh Mama, aku mahu kahwin!
Antara dilema yang dihadapi oleh anak-anak muda masa kini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Sama ada dalam bidang hiburan, mahupun dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa.
Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilema yang mereka hadapi semakin parah.
Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya “coupling” (berpacaran) dan “sex before marriage” (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa.
Edisi Ringkasan: Kritikan Ke Atas Tulisan Yusri Mohamad: Maksud as-Sawadul A’zham (السواد الأعظم)
Artikel penuh/asal: Klik
Artikel ini adalah sebuah jawaban kepada Yusri Mohamad, seorang Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan juga merupakan Bekas Presiden Angkatan Belia Malaysia (ABIM).

Yusri: bekas Presiden ABIM merangkap pensyarah undang-undang UIAM
Beliau sebagaimana tulisannya yang disiarkan di dalam Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 November 2009, Sabtu, di bahagian Rencana, m/s. 10, Bertajuk: Mencari Kebenaran Beragama: Menyeru supaya umat Islam mengikuti praktik agama (Islam) yang dianut oleh golongan majoriti dengan alasan menggunakan kalimah as-Sawadul A’zam dan arus perdana.
Berikut dinukilkan sebahagian perkataan beliau sebagaimana rujukan:
Read more…
Nampak Kuat Agama tetapi Masuk Neraka
Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM
Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.
Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.
Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.
Tidakkah kita selalu membaca hadis: Read more…
Isu Kartika: Temubual Akhbar Sinar Dengan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Soalan : Apakah pandangan Dr tentang isu Kartika, mengapakah masyarakat Islam sendiri berbeza pendapat tentang isu ini, tidakkah jelas meminum arak merupakan dosa besar dalam Islam?
Jawapan: Pertamanya kita hendaklah jelas bahawa tiada siapa pun di kalangan mereka yang benar-benar muslim boleh mempertikaikan tentang ‘haramnya’ meminum arak bagi seorang muslim. Ini perkara yang disepakati. Kita tidak boleh berbeza dalam hal ini. Namun apabila tiba kepada persoalan menghukum ‘peminum arak’, di sini mungkin akan ada sedikit pandangan dan perbincangan yang mungkin akan timbul perbezaan pendapat. Perbezaan itu mempunyai banyak faktor, antaranya faktor hukum itu sendiri di mana di kalangan sarjana Islam itu berbeza pendapat tentang statusnya. Kedua faktor persekitaran atau realiti semasa yang kita hadapi sekarang.
Soalan: Apakah yang Dr maksudkan dengan sarjana Islam berbeza pendapat tentang perlaksanaan hukum ke atas peminum arak?
Jawapan: Mereka berbeza pendapat, apakah hukuman sebat yang pernah disebutkan dalam hadis-hadis Nabi s.a.w dan juga sejarah pelaksanaannya di zaman al-Khulafa al-Rasyidin dimasukkan dalam kategori hudud atau sekadar ta’zir (discretionary punishment). Read more…

