Archive

Posts Tagged ‘siasah’

Kewajipan Mengundi Syariat Islam

April 24, 2013 1 comment

mengundi_syariat_Islam

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar. Jika ana rajin, ana akan salin balik dalam bentuk pos entri nanti, Insya Allah.

Advertisements

Forum Perdana: Politik-Agenda Perubahan

Islamkan Politik atau Politikkan Islam?

1. Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini?

Bezanya ialah kita berusaha mengislamkan politik kita dengan memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya.

Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

2. Sementara mempolitikkan Islam adalah dengan menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri.

Read more…

Mengapa Mahkamah Rayuan bangkitkan soal mandatori? – Prof Dr Aziz Bari


KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi lansung tidak memeranjatkan. Demikian komen spontan Profesor Dr Abdul Aziz Bari terhadap keputusan mahkamah yang menghukumkan Dato Seri Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.Penghakiman 5 minit itu sungguh memeranjatkan banyak kalangan. “Buat masa ini saya fikir kita belum perlu untuk membuat komen yang menyentuh aspek teknikal penghakiman Datuk Raus Sharif kerana beliau sendiri pun belum memberi penghakiman bertulis,” ujar Aziz lagi.

Read more…

Sketsa politik negara: 1Malaysia

Kejadian berlaku pada tahun 2010. Latar tempat ialah Kuala Lumpur, Malaysia.

25 Januari 2010: 10 Ahli Parlimen PKR melompat menyertai UMNO. Seluruh negara heboh, bising, dan kacau. Kenyataan-kenyataan tipikal seperti “tidak demokratik” “mengkhianati parti” “berhijrah untuk perubahan” kedengaran berulang kali di media-media kerajaan dan pembangkang

1 Februari: Perdana Menteri meminta 20 Ahli Parlimen BN yang menghilangkan diri menyatakan pendirian dan keluar menemui masyarakat.

2 Februari 10 pagi: Perdana Menteri masuk menemui Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Beliau keluar setengah jam kemudian setelah cuba memaklumkan perkembangan terkini negara kepada baginda.

Read more…

Sanggupkah Najib menjadi seperti Nizar?

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat daripada Duli Yang Mulia Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan kediaman rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya daripada Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Read more…

Status MB: Nizar kemuka rayuan, krisis belum berakhir

PUTRAJAYA: Episod siapa Menteri Perak yang sah nampak gayanya masih belum berakhir! Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

Keputusan yang diumumkan panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Md Raus Shariff, Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang memihak kepada Nizar.

Peguam yang mewakili Nizar, Sulaiman Abdullah berkata, pihaknya akan mengemukakan notis usul memohon kebenaran untuk memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Isnin terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.

Read more…