Archive

Posts Tagged ‘politik islam’

Kewajipan Mengundi Syariat Islam

April 24, 2013 1 comment

mengundi_syariat_Islam

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar. Jika ana rajin, ana akan salin balik dalam bentuk pos entri nanti, Insya Allah.

Advertisements

Hukum Ulama menyertai parti politik

Soalan:
Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.

Fazalina, Tanah Merah.

Jawapan DR MAZA:
Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilih langkah yang betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Read more…

Antara Dua Muktamar

Bagi sesiapa yang belum mengenal Maxime Rodinson, beliau merupakan sarjana Perancis yang telah menulis buku ‘Islam and Capitalism’. Tesis utama buku tersebut ialah penolakan terhadap sangkaan Max Weber (bapa sosiologi barat) bahawa agama-agama lain (termasuk Islam) tidak serasi dan tidak membawa nilai Kapitalisme yang membawa kepada kemajuan ekonomi barat. Di dalam magnum opus beliau ‘The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism’, Weber telah membuktikan bahawa Protestant versi Calvanism yang beliau anuti merupakan tanah yang subur untuk ideologi Kapitalisme. Maka, Rodinson pula telah mengemukakan teorinya pula yang mengatakan bahawa Islam juga amat serasi dan menyediakan tanah yang subur juga untuk ideologi kapitalisme. Read more…

Islamkan Politik atau Politikkan Islam?

1. Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini?

Bezanya ialah kita berusaha mengislamkan politik kita dengan memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya.

Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

2. Sementara mempolitikkan Islam adalah dengan menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri.

Read more…