Home > Bicara Siasah > Kesian UMNO!

Kesian UMNO!

Saya bukan ahli UMNO.

Malah mendaftarnya pun tidak.

Keinginan ke arahnya pun tidak ada.

Cuma lembaran terbuka sedikit untuk ‘berlapang dada’ tatkala dikatakan 40 ulama muda menyertai UMNO tempoh hari membuka peluang untuk saya ‘mendekati’ UMNO seakan-akan sebahagian ahlinya.

Di sebalik ‘keikhlasan’ pihak UMNO menawarkan ruang dakwah dan menerima mereka ini menjadi ahli, ada agenda-agenda sulit yang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak dalam UMNO.

Ada satu yayasan yang ditubuhkan khas di bawah JPM sewaktu zaman Islam Hadhari dahulu telah ditukarkan fungsinya kini kepada tugas baru.

Kelompok ulama muda ini telah dijemput untuk bersama yayasan ini dengan ditawarkan untuk menjadi fasilitator bagi modul-modul pembangunan insan.

Rupa-rupanya, seketika pembentangan dibuat oleh fasilitator mereka yang telah sedia ada, yayasan ini bertujuan untuk mengembalikan sokongan kaum Melayu kepada UMNO setelah tumbangnya dan jatuhnya beberapa kerajaan BN di beberapa negeri dan hilangnya undi popular mereka.

Satu pembentangan demi pembentangan dibuat. Isu-isu Pulau Pinang, Selangor dan Perak diputar-putar demi nak menunjukkan Melayu dah berpecah, Melayu hilang kuasa.

Telinga sudah panas, hati minta ditahan sabar.

Dalam kegeraman, terselit kekesianan.

Kesian UMNO, terjerit-jerit para fasi berhempas pulas ingin meyakinkan anak Melayu yang Melayu akan hilang kuasa.

Kesian UMNO, segala sejarah dibongkar dan diolah bagai memberi makna segala perjuangan UMNO perjuangan sejati berteraskan Islam.

Hadith diselit, ayat al-Quran dimasukkan sedikit-sedikit, agar semuanya nampak macam mereka yang hebat memahat bukit.

Bukan seorang dua fasi bertaraf Ustaz, seorang kapten bersara bekas JASA turut menyumbang tenaga, malangnya isi persembahan yang dangkal lagi berat sebelah itu entah anak muda manalah yang akan percaya. Kesian UMNO!

Menurut seorang ‘ulama muda’ yang turut mengikuti program ini, seakan-akan agama ini memang betullah selari dengan perjuangan UMNO, sehinggakan hadith 40 an-Nawawi itu pun diUMNOkan sehingga beliau sampai berkata, ” syarah hadith macam Imam nawawi pun ahli UMNO jugak!”

Kesian UMNO, betul-betul tersepit takutkan kejatuhan pada PRU akan datang. Demokrasi yang dilaung-laungkan bagai tidak ada makna dengan tuduhan, lontaran, dan cacian kepada pembangkang seakan-akan pengkhianat negara.

Apa ertinya demokrasi, kalau parti bukan pemerintah tak boleh menang?

Kesian UMNO, tak sanggup melihat kejatuhan sendiri yang akan merobek segala sumber-sumber kewangan percuma kroni-kroni dan teman-teman ketawa.

Dada ini tidak mampu berlapang lagi dengan UMNO yang korup itu.

Ayuh, kita sempitkan mereka!

PAS ganti UMNO!

Untuk Malaysia yang lebih baik!

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: