Shanghai, Islam, Melayu Dan 1 Malaysia

September 25, 2010 32 comments

Oleh:

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ketika saya menulis rencana ini, saya sedang berada di Shanghai dan menuju ke Xian dan Beijing. Beberapa hari lepas, pada 21hb September 2010, saya menyertai satu rombongan VVIP melawat Shanghai World Expo 2010. Satu ekspo yang teramat besar bermula dari Mei sehingga Oktober 2010. Hampir 200 negara menyertainya. Kos keseluruhan ekspo ini mungkin puluhan billion ringgit.

Setiap negara membina astaka atau pavilion mereka sendiri untuk memperkenalkan negara mereka kepada dunia. Setiap negara membelanjakan puluhan, bahkan ratusan juta untuk itu. Saya difahamkan, Malaysia sendiri membelanjakan tidak kurang dari RM 20 juta untuk membina Malaysia Pavilion di ekspo tersebut.

Di sebabkan terlalu luas kawasan ekspo ini, jika anda melawatnya, dalam sehari anda mungkin hanya dapat melawat sekitar belasan astaka sahaja. Terlalu luas dan terlalu ramai pengunjungnya. Sasara 70 juta pelawat ke ekspo tersebut mungkin tercapai dengan mudahnya. Bayangkan 70 juta pengunjung, melebihi dua kali penduduk Malaysia.

Read more…

Advertisements

Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

August 31, 2010 5 comments

“Ada orang memang tunggu Lailatul Qadar ni, dia beribadat sungguh-sungguh, solat sunat,baca Quran, berzikir tapi bila sampai saatnya, dia terlelap dan hanya terjaga kembali apabila ‘ia’ telah selesai”, kata abah ketika berbicara kepada kami sekeluarga pada suatu malam Ramadhan.

“Maknanya, ada orang tertentu sajalah yang dipilih oleh Allah untuk dapat saat Lailatul Qadar tu ya?” tanyaku mendapat kepastian.

“Hmm…sebab itulah setiap malam kita kena beribadat sungguh-sungguh supaya kita menjadi pilihan Allah untuk dapat Lailatul Qadar tu, malam yang lebih baik daripada seribu bulan”, sambung abah lagi.

Read more…

Hukum Ulama menyertai parti politik

Soalan:
Yang amat saya kasihi Dr Asri, sehari dua ini heboh masyarakat mengulas tentang ulama muda menyertai parti tertentu. Alhamdulillah, saya mewakili kebanyakan rakyat Malaysia bersyukur kerana Dr. Asri yang kami sanjungi tidak mengambil tindakan yang sama. Tapi saya hendak tanya Dr, apakah pandangan Dr Asri tentang ulama yang menyertai pertubuhan politik yang tidak memperjuangkan Islam dan terlibat dengan banyak perbuatan-perbuatan tidak baik? Maaf jika soalan ini berbau politik.

Fazalina, Tanah Merah.

Jawapan DR MAZA:
Saudari Fazalina, terima kasih atas penghormatan saudari dan rakyat Malaysia yang lain. Doakan agar saya dapat memilih langkah yang betul lagi diredhai Allah dalam kehidupan ini. Read more…

Jadual Kuliah Bulanan Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju

Kenapa (kami) masuk UMNO?

June 26, 2010 Comments off

Segala puji dan puja hanya bagi Allah, solat dan salam ke atas Rasulullah, seterusnya:

Soalan ini, ‘Kenapa masuk UMNO?’ bukan sahaja ditujukan kepada saya, bahkan ditujukan juga kepada rakan-rakan seperjuangan. Cuma, ada yang memahami dan ada yang sukar menerima. Apapun, ingin saya nyatakan di sini kepada ikhwah sekelian bahawa kemasukan kami ke dalam UMNO telah dilakukan selepas pelbagai perbincangan dan penelitian dibuat termasuk mengambil pandangan ulama yang lebih senior.

Read more…

Dr Asri nafi akan sertai parti politik

Dr Mohd Asri Zainul AbidinMENGKUANG (20 Jun) – Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan yang beliau akan menyertai mana-mana parti politik dala masa terdekat. Dalam kenyataan terbaru beliau yang dimuatkan di blognya DrMaza.Com, beliau menafikan telah membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik hingga ke saat ini.

Respons terbaru tersebut dilihat sebagai reaksi balas kepada desas-desus sebuah laman blog yang mendakwa bahawa Pensyarah USM itu akan bersama-sama dengan 100 ulama berpendidikan tinggi menyertai UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang pada Jumaat ini.

Read more…

al-Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan

Oleh: Azamin Amin

Pemergian Ustaz Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Ia merupakan satu kehilangan besar kepada PAS dan negara. Berikut adalah tulisan yang pernah dibuat wartawan AZAMIN AMIN yang disiarkan oleh akhbar Siasah Oktober 2009.

Belum sempat pun pejuang-pejuang Sungai Manik tiba di Kuala Selangor untuk turun ‘bermandi darah’ di Kuala Lumpur dalam peristiwa 13 mei, dia sudah terpacul tegap menantikan kedatangan mereka. Ketika berdiri di jeti Feri Kuala Selangor dengan badan tegap laksana panglima, dia secara tenang meminta para pejuang itu pulang semula ke Perak.

Niatnya hanya satu, mengelakkan lebih banyak nyawa yang terbunuh dan tidak mahu Sungai Klang bertukar merah. Tanpa perlu berpencak atau menghunus sunding yang tersisip di pinggangnya, dia bersuara penuh tertib dan tegas gayanya.

Tidak ada satu biji mata pun melainkandia yang mampu berdepan para pejuang yang digeruni itu. Bimbang suasana akan lebih kecamuk Pengerusi majlis Gerakan Negara ketika tragedi 13 mei 1969, Allahyarham Tun Abdul Razak secara peribadi meminta dia menahan pendekar-pendekar dari kumpulan ‘parang terbang dan selempang merah’ untuk mara ke ibu kota.

Dek kerana menghormati ayahnya yang pernah terlibat dan bertempur dalam beberapa siri dengan peperangan di Sungai Manik pada zaman dulu, para pejuang yang sedang mengelodak jiwa dan amarah itu akhirnya akur dengan permintaannya lalu kembali ke kampung halaman masing-masing.

Read more…