Archive

Posts Tagged ‘PKR’

Hukum Mengundi Calon bukan Muslim

Untuk perbahasan, boleh baca lanjut di http://hjanhar.blogspot.com/2013/03/calon-muslim-vs-non-muslim.html

SELAMAT MENGUNDI!!

Advertisements

Dr Asri nafi akan sertai parti politik

Dr Mohd Asri Zainul AbidinMENGKUANG (20 Jun) – Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan yang beliau akan menyertai mana-mana parti politik dala masa terdekat. Dalam kenyataan terbaru beliau yang dimuatkan di blognya DrMaza.Com, beliau menafikan telah membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik hingga ke saat ini.

Respons terbaru tersebut dilihat sebagai reaksi balas kepada desas-desus sebuah laman blog yang mendakwa bahawa Pensyarah USM itu akan bersama-sama dengan 100 ulama berpendidikan tinggi menyertai UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang pada Jumaat ini.

Read more…

Antara 2 Pilihanraya

Ketika penduduk Hulu Selangor sedang bersiap sedia untuk memilih ADUN Ahli Parlimen baru mereka, rakyat UK sedang sibuk menantikan tarikh 6 Mei 2010. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh rakyat UK untuk menyaksikan pusingan baru untuk memilih kerajaan bagi tempoh 5 tahun akan datang itu menjanjikan debaran bagi semua pihak.

Read more…

PR perlu diinstitusikan

Gambar hiasan

Semenjak tsunami politik yang melanda tanah air lewat PRU ke-12 yang lepas, suasana politik Malaysia tidak pernah reda. Kejutan atau tamparan kepada hegemoni rejim BN lewat PRU tersebut menjadikan pihak elitis koalisi tersebut tidak senang duduk. Kedudukan mereka di ‘centre’ sedikit demi sedikit telah cuba dihakis oleh golongan ‘peripheral,’ terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai oleh PR.

Kemelut politik di Perak dewasa ini tidak dapat ibarat imblical cord yang tidak terputus dari tsunami tersebut. Rakyat jelata semakin bosan dan muak dengan corak politik BN yang agak kurang bermoral di dalam memastikan hegemoni mereka terus kekal dan kekuatan mereka tidak tercabar. Dinamisme realpolitik pihak BN semakin menjadikan rakyat secara umumnya semakin jemu terhadap mereka dan bukan semakin percaya. Read more…

Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hanya ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Kepala Batas di sini hari ini.

Read more…

Apabila ahli politik pun nak berblog

Rumah dan Pejabat Politik di Internet

FACEBOOK STATUS:

Hasrizal Abdul Jamil feels that all those public figures including politicians who never update their blogs neither their facebook should stay offline. You are fooling the people, including yourselves

Ya, kasar bunyinya. Tetapi saya memang memaksudkannya.

Apa rasa anda, kalau melihat rumah-rumah yang terbengkalai, dinaiki lalang, penuh semak dan sesekali keluar haiwan-haiwan daripadanya, ala-ala zoo di Kemensah sana?

Serabut.
Read more…

Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon

Apr 29, 09 7:42pm

Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.

Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu.

“Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Read more…