Archive

Archive for the ‘tazkirah’ Category

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?

January 18, 2011 7 comments

Oleh:
Ustaz Aizam Mas’ud
Pegawai Bahagian Penyelidikan Akidah, JAKIM


Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna ‘Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah ‘mazhab’ kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada ‘mazhab’ Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi. (Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Read more…

Advertisements
Categories: tazkirah Tags: , , , , , ,

Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

August 31, 2010 5 comments

“Ada orang memang tunggu Lailatul Qadar ni, dia beribadat sungguh-sungguh, solat sunat,baca Quran, berzikir tapi bila sampai saatnya, dia terlelap dan hanya terjaga kembali apabila ‘ia’ telah selesai”, kata abah ketika berbicara kepada kami sekeluarga pada suatu malam Ramadhan.

“Maknanya, ada orang tertentu sajalah yang dipilih oleh Allah untuk dapat saat Lailatul Qadar tu ya?” tanyaku mendapat kepastian.

“Hmm…sebab itulah setiap malam kita kena beribadat sungguh-sungguh supaya kita menjadi pilihan Allah untuk dapat Lailatul Qadar tu, malam yang lebih baik daripada seribu bulan”, sambung abah lagi.

Read more…

Ulama Umno bakar kapal

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mei 28, 10, 10:43pm

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.

Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Read more…

Oh Mama, aku mahu kahwin!

January 16, 2010 3 comments

Antara dilema yang dihadapi oleh anak-anak muda masa kini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Sama ada dalam bidang hiburan, mahupun dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa.

Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilema yang mereka hadapi semakin parah.

Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya “coupling” (berpacaran) dan “sex before marriage” (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa.

Read more…

Mencari Keberkatan Masa

Menjelang tahun baru, ramai yang menyambutnya. Sama ada hari pertama Januari ataupun Muharram, Islam tidak pernah menetapkan sambutan khusus buat tahun baru.


Tiada ibadat khas sempena tahun baru seperti solat tahun baru, atau puasa tahun baru. Ya, tidak menjadi masalah jika manusia ingin menyiapkan diri mereka menghadapi tahun baru. Mungkin mereka ingin menetapkkan sasaran, perancangan dan idaman.

Jika perancangan itu untuk kebaikan, seseorang akan memperoleh pahala. Begitulah sebaliknya. Jika tahun baru tidak datang pun, waktu dan hari tetap terus berputar dan tiada bezanya antara tahun lepas dan tahun ini. Ia terus berjalan seperti biasa sehingga sampai detik ia berhenti.

Read more…

Ini Hari Kemenangan, bukan Hari Ratapan

September 21, 2009 Leave a comment

Selamat Hari Raya! Semoga Allah menerima amalan saya dan saudara pembaca sekelian! Hari ini adalah hari kemenangan dan kegembiraan. Minggu lepas saya sudah bicarakan bagaimana sepatutnya hari raya menjadi hari gembira untuk umat Islam bukannya hari dukacita dan kesedihan seperti yang selalu digambarkan oleh drama atau filem Melayu.

Ya, Islam apabila hadir ke dalam sesuatu kaum atau masyarakat, ia tidak menghapuskan budaya atau adat yang tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam, atau mengubah rupa asli agama yang tulus dan suci ini. Islam tidak membuang jubah orang Arab, atau kurta orang India, atau sampin orang Melayu. Namun Islam memberikan garis panduan dan prinsip umum dalam berpakaian.

Read more…

Islamkan Politik atau Politikkan Islam?

1. Saya sering bercakap tentang “Islamkan politik, jangan politikkan Islam”. Mungkin seseorang bertanya apakah beza antara kedua ini?

Bezanya ialah kita berusaha mengislamkan politik kita dengan memastikan tindak tanduk atau gerakerja politik itu tidak bercanggahan dengan Islam. Juga, jika ada pengamalan politik yang belum islamik, kita akan berusaha untuk mengislamisasikannya.

Dalam ertikata lain, Islam adalah panduan sebelum tindakan.

2. Sementara mempolitikkan Islam adalah dengan menggunakan Islam sebagai modal politik untuk kepentingan kuasa. Maka Islam bukan panduan tetapi sekadar alasan atau ‘cop halal’ yang dibuat untuk menjadikan masyarakat atau pengikut menerima sesuatu tindakan.

Hasilnya, seseorang akan bertindak dalam gerakerja politiknya tanpa terlebih dahulu melihat kepada ajaran Islam, namun apabila ia dipertikaikan, maka pendapat atau nas Islam akan digunakan untuk membela diri.

Read more…