Kewajipan Mengundi Syariat Islam

April 24, 2013 1 comment

mengundi_syariat_Islam

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar. Jika ana rajin, ana akan salin balik dalam bentuk pos entri nanti, Insya Allah.

Hukum Mengundi Calon bukan Muslim

Untuk perbahasan, boleh baca lanjut di http://hjanhar.blogspot.com/2013/03/calon-muslim-vs-non-muslim.html

SELAMAT MENGUNDI!!

Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa 2013

PENGENALAN

Ketamadunan manusia perlu kepada sistem pemerintahan Islam bagi memastikan ia terpelihara daripada faktor-faktor yang akan menghancurkannya. Fiqh siasah membawa maksud kefahaman dalam berpolitik merupakan cabang ilmu bagi memahami konsep siyasah syar’iyyah seperti yang digariskan dalam Islam. Fiqh siasah amat penting untuk difahami oleh segenap masyarakat terutama realiti di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi pilihan raya agar proses tersebut dapat diselarikan menurut syarak bagi memelihara kedaulatan Islam di Malaysia.

OBJEKTIF

  1. Menjelaskan konsep siyasah syar’iyyah sebagai kaedah pentadbiran dalam sistem pemerintahan Islam.
  2. Melakar garis panduan pelaksanaan pilihan raya agar bertepatan dengan  konsep wasathiyyah di dalam politik.
  3. Merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui siyasah syaríyyah.
  4. Mengetengahkan konsep wasathiyyah dalam politik negara.

Poster-KFIQHp-30Jan2013
KLIK PADA IMEJ UNTUK MENDAFTAR

UNTUK TENTATIF PROGRAM SILA KE WWW.K-FIQH.COM/TENTATIF

Dibawakan kepada anda oleh K FIQH SDN BHD (FB.ME/kfiqh) dan MURSHID (FB.ME/murshidmy)

Jadual Kuliah Bulanan Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju (Februari 2011)

February 7, 2011 7 comments

Kesian UMNO!

Saya bukan ahli UMNO.

Malah mendaftarnya pun tidak.

Keinginan ke arahnya pun tidak ada.

Cuma lembaran terbuka sedikit untuk ‘berlapang dada’ tatkala dikatakan 40 ulama muda menyertai UMNO tempoh hari membuka peluang untuk saya ‘mendekati’ UMNO seakan-akan sebahagian ahlinya.

Read more…

Sejak bila pulak Malaysia ada mazhab Syiah Imam 12?

January 18, 2011 7 comments

Oleh:
Ustaz Aizam Mas’ud
Pegawai Bahagian Penyelidikan Akidah, JAKIM


Ini persoalan yang tidak perlu dijawab. Sememangnya Syiah Imamiyah Ithna ‘Asyriyyah tidak pernah bertapak di Malaysia sebagai sebuah ‘mazhab’ kecuali selepas Revolusi Syiah oleh Khomeini tahun 1979. Sejak bila pulak Tanah Melayu ini ada ‘mazhab’ Syiah Imam 12? Kalau ada apa bukti-buktinya? Apa kitab Syiah Imam 12 yang pernah diterjemah di Tanah Melayu? Di mana hauzah Syiah pertama yang dibina di Tanah Melayu? Di mana komuniti Syiah Imam 12 yang pertama? Negeri mana? Daerah mana? Kampung mana? Siapa tokoh ulama Melayu Syiah Imam 12 di Tanah Melayu zaman dulu? Takkan sejak dahulu Syiah Imam 12 bertapak di Tanah Melayu, baru hari ini kita dengar ada Hujjatul Islam Kamil Zuhairi. (Agak-agaknya sama tak ilmu beliau dengan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali, wafat 505H?)

Read more…

Categories: tazkirah Tags: , , , , , ,

Jadual Kuliah Bulanan Surau an-Naim, Seksyen 5, Wangsa Maju (Oktober 2010)

October 9, 2010 4 comments