Archive

Posts Tagged ‘Dun Penanti’

Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hanya ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-PAS, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan PAS kawasan Kepala Batas di sini hari ini.

Read more…

Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon

Apr 29, 09 7:42pm

Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.

Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu.

“Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Read more…

Lagi bakal PRK berlangsung: Fairus berundur jadi Adun

Kenyataan Akhbar penuh dari bekas ADUN Penanti:

Daripada: AminIskandar @ BLACK