Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon

Penanti: Pemuda PAS PP tetap mahu letak calon

Apr 29, 09 7:42pm

Pemuda PAS Pulau Pinang tetap mahu meletakkan calon mereka dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini.

Ketuanya, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

“Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu.

“Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihanraya kecil DUN Penanti.

Kerusi itu kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin.

Mohd Hafiz berkata setakat ini belum ada sebarang perbincangan yang dibuat antara PAS dengan Penasihat PKR itu berhubung calon Pemuda PAS yang turut akan bertanding di DUN Penanti.

DUN Penanti mempunyai 15,384 pemilih berdaftar – 72.68 peratus daripadanya pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain bangsa.-Malaysiakini-

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: