Home > tazkirah, weblog > Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

Mencari 1000 bulan di sebalik 10 hari

“Ada orang memang tunggu Lailatul Qadar ni, dia beribadat sungguh-sungguh, solat sunat,baca Quran, berzikir tapi bila sampai saatnya, dia terlelap dan hanya terjaga kembali apabila ‘ia’ telah selesai”, kata abah ketika berbicara kepada kami sekeluarga pada suatu malam Ramadhan.

“Maknanya, ada orang tertentu sajalah yang dipilih oleh Allah untuk dapat saat Lailatul Qadar tu ya?” tanyaku mendapat kepastian.

“Hmm…sebab itulah setiap malam kita kena beribadat sungguh-sungguh supaya kita menjadi pilihan Allah untuk dapat Lailatul Qadar tu, malam yang lebih baik daripada seribu bulan”, sambung abah lagi.

Itulah antara yang pernah difahamkan kepadaku dulu sewaktu kecil tentang malam seribu bulan ini. Malam yang dikatakan ada saa-saat tertentu yang malaikat akan turun dan pada ketika itulah saja saat yang diganjarkan dengan ganjaran seribu bulan.

Namun, pemahamanku berubah seiring dengan pertambahan usiaku. Malam al-Qadar tidaklah sesingkat itu.

MALAM ITU SATU MALAM

“Apabila dikatakan malam al-Qadar, maka saatnya bermula apabila malam bermula iaitu pada waktu solat Maghrib sehingga waktu fajar, pada waktu solat Subuh”, ujar seorang ustaz tatkala aku menghadiri kuliahnya.

“Maka sesiapa yang beribadat pada malam itu dalam tempoh waktu tersebut, Insya Allah akan beroleh kurnia daripada Allah ‘azza wajalla seperti yang dijanjikan iaitu ganjaran beribadah yang lebih baik daripada seribu bulan beribadah”, beliau menyambung dengan memberikan penjelasan.

Ternyata ia merupakan ‘malam’ yang menepati definisi biasa satu MALAM bukannya satu saat khas yang tidak semua orang bisa memperolehnya sepertimana rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka.

Hakikatnya, Lailatul Qadar itu berlaku pada sepanjang malam dan hanya SATU malam sahaja yang penuh berkat dan luas untuk kita memperolehnya.

Firman Allah:

ÇÎÈ Ìôfxÿø9$# Æìn=ôÜtB 4Ó®Lym }‘Ïd íO»n=y™

Ertinya : “Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar” ( Al-Qadr : 5 )

Justeru, telah jelaslah bahawa pada Ramadhan itu terdapat satu malam anugerah yang Allah sembunyikan masa dan ketikanya agar hamba-hamba-Nya bersungguh-sungguh mencarinya dengan melakukan ibadah.

Banyaklah sebab dan faktor andai nak dikorek punca Lailatul Qadar ini disembunyikan oleh Allah tarikhnya.

Kata riwayat ini, begitu dan kata riwayat itu, begini.

Yang pasti malam tersebut telah disembunyikan dan ia tersembunyi daripada pengetahuan kita. Seandainya kita tahu punca ia disembunyikan tarikhnya pun, ia tetap tak ternyata masa dan ketikanya.

TANDA-TANDA

Apabila sesuatu yang berharga itu tersembunyi, maka banyaklah tanda-tanda yang diberitahu dan diketahui untuk membantu kita mendapatkan malam tersebut.

“Opah aku dulu, ada satu malam dia nak berwudhu’, air dalam perigi macam beku..taklah beku macam ais, tapi macam agar-agar gitu”, beritahu seorang kawan ketika di asrama dulu ketika pernah berbual-bual mengenai tanda-tanda malam al-Qadar.

“Berlaku di Kedah, suatu malam apabila seorang pakcik ni berwudhu’ di sungai, dan disangkutkannya kopiahnya di daun-daun pokok. Selepas berwudhu’, didapati kopiahnya hilang di tempat tersebut dan dia tak jumpa sehinggalah pagi esok”, cerita seorang ustaz dalam tazkirah Ramadhannya.

“Keesokan paginya, dia dapati kopiahnya berada di atas pokok..apa tandanya tuan-tuan? Pokok itu telah bersujud pada malam dia sangkutkan kopiahnya, lalu apabila pokok itu ‘iktidal’, maka terikut samalah kopiah pakcik tu ke atas pokok itu”, akhiri ustaz tersebut ceritanya.

Meriah kita bercerita tanda-tanda kedatangan malam al-Qadar sehingga lupa untuk beribadat kerana sibuk mencari tanda kedatangannya!

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh Lailatul Qadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya.

Bersungguh-sungguh mencarinya dengan mengerjakan ibadah pada malam-malam 10 yang akhir dalam bulan Ramadhan bukannya bersungguh dalam mencari tanda kedatangannya.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : ” Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya, di sepuluh malam terakhir dalam Ramadhan yang mana kita sedang berada padanya sekarang. Rasa-rasa baru lagi aku menulis tentang sepuluh yang berlalu tempohari, kini dah menjadi sepuluh yang terakhir. Subhanallah, cepat masa berlalu!

Justeru, ayuh kita hidupkan 10 malam terakhir ini dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dari bacaan al-Qurannya, qiamnya, zikirnya dan sebagainya untuk mencari kelebihan mendapat malam al-Qadar itu.

Alangkan Rasulullah yang dijamin syurga pun bertungkus-lumus pada malam-malam terakhir Ramadhan ini, bagaimana dengan kita yang mungkin dengan syurga pun sebatu dan mungkin dengan neraka hanya sejengkal saja?

Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : “Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain” ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

“Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)” ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : ” Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)” ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

DOA TERPENTING

Apa hajat kita? Apa yang kita ingin Allah tunaikan? Kaya? Pandai? Naik CGPA? Murah Rezeki? Ringan jodoh? Pohonlah apa-apa sahaja yang kita inginkan daripada Allah. Dia Maha Mendengar setiap permintaan kita yang mencukupi syarat dan adabnya.

Namun, pada-pada akhir Ramadhan, kita diajar oleh Allah melalui lisan Nabi-Nya yang kita cintai bahawa keampunanlah perkara terpenting yang patut kita minta daripada Allah.

Lebih-lebih lagi pada malam al-Qadar!

Jom kita lihat jawapan Nabi sallallahu ‘alayhi wassalam kepada Aisyah radhiyallahu ‘anha :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي:

اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ertinya : “Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : ” Sebutlah doa ” Ya Allah sesungguhnya diKaulah Maha Mengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan” (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, disahihkan oleh Albani)

Beruntunglah sesiapa yang bangun dan menghidupkan malam-malam akhir Ramadhan; iaitu saat paling banyaknya pahala ditaburkan dan dilimpahkan.

Ada juga melihat ini sebagai peluang untuk mengejar pahala.

Malangnya, ada di antara yang mengejar pahala itu sekadar mengejar di awal Ramadhan. Takut-takut bila da sampai di penghujung Ramadhan mereka dah penat dan mengurangkan usaha mengejar pahala. Jangan ikot resmi tebu, makin hujung, makin tawar.

Lupakah kita selama ini kita rajin dan tega mengunjungi masjid-masjid dan musolla-musolla demi rakaat tarawih yang 23 ataupun 11? Maka, teruskanlah dengan yang berbilang ganjil itu dan tambahilah dengan amalan-amalan lain yang telah junjungan kita contohkan pada saat-saat akhir perjuangan mendapatkan taqwa ini.

Kalau sebelum ini..

  • Kita pernah berjaga malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, yang pasukan tu tak pernah iktiraf pun sokongan kita.
  • Kita pernah berjaga malam untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran, yang mana pemberi kejayaan itu jarang sekali kita bertahajjud kepada-Nya.
  • Kita pernah berjaga malam untuk menunggu keputusan pilihan raya umum ke-12, sedangkan pemimpinan negara semasa tak rajin mengajak kita untuk sentiasa hidup dalam jagaan-Nya.
  • Kita pernah berjaga malam untuk menghabiskan novel, yang ceritanya mungkin sekali hanya khayalan penulis.

Cukuplah..cukuplah semua itu kali ini!

Ayuh, pada 10 malam yang terakhir Ramadhan ini,

  • kita berqiam dan beribadah pada Yang Maha Satu yang tidak pernah mengabaikan ibadah kita
  • kita berjaga malam bertahajjud kepada Dia yang selalu menganugerahkan kejayaan kepada setiap yang berusaha
  • kita berdoa agar kepemimpinan negara kita terdiri daripada mereka yang mengingati-Nya
  • kita membaca al-Quran yang kisahnya merupakan realiti kehidupan, yang dengannya Allah ‘bercakap’ dengan kita

Justeru, tunggu apa lagi…Jom Hidupkan Malam!

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang

“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada Malam Lailatul Qadr. Dan apakah yang membuat engkau tahu apa itu malam Lailatul Qadr? Malam Ketetapan itu lebih baik dari seribu bulan. Para malaikat dan roh turun di dalamnya atas izin Tuhan mereka, untuk menjalankan semua perintah. Damai! Sampai terbitnya fajar.” (Surah Al-qadr: ayat 1-5)

Husaini Ibrahim @ http://www.husainibrahim.wordpress.com
53100 Gombak

  1. July 15, 2013 at 5:07 pm

    Spot on with this write-up, I truly feel this website needs a great deal more attention.

    I’ll probably be returning to read more, thanks for the advice!

  2. July 21, 2013 at 1:03 am

    I’m impressed, I must say. Seldom do I come across a blog that’s equally educative and amusing,
    and let me tell you, you’ve hit the nail on the head. The issue is something which not enough people are speaking intelligently about. I am very happy that I found this during my search for something relating to this.

  3. July 27, 2013 at 3:12 pm

    Heya i am for the first time here. I found this board and I find
    It truly useful & it helped me out a lot. I hope to give
    something back and help others like you aided me.

  4. July 28, 2013 at 1:54 am

    Hmm it seems like your website ate my first comment (it was super long) so I guess I’ll just sum it up what I had written and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
    I as well am an aspiring blog writer but I’m still new to the whole thing. Do you have any suggestions for inexperienced blog writers? I’d genuinely appreciate it.

  5. July 28, 2013 at 4:45 am

    I’m very happy to discover this site. I need to to thank you for your time just for this fantastic read!! I definitely savored every part of it and I have you saved to fav to check out new things in your blog.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: