Home > Berita, Jawapan, Kenyataan > Dr Asri nafi akan sertai parti politik

Dr Asri nafi akan sertai parti politik

Dr Mohd Asri Zainul AbidinMENGKUANG (20 Jun) – Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan yang beliau akan menyertai mana-mana parti politik dala masa terdekat. Dalam kenyataan terbaru beliau yang dimuatkan di blognya DrMaza.Com, beliau menafikan telah membuat keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik hingga ke saat ini.

Respons terbaru tersebut dilihat sebagai reaksi balas kepada desas-desus sebuah laman blog yang mendakwa bahawa Pensyarah USM itu akan bersama-sama dengan 100 ulama berpendidikan tinggi menyertai UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang pada Jumaat ini.

Laman tersebut juga mendakwa dengan penyertaan lebih 100 ulama berpendidikan tinggi termasuk PhD akan membantu menyemarakkan perjuangan UMNO dan sokongan orang Melayu dan Bumiputera terhadap UMNO serta dapat membantu menjadikan UMNO “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.” Ketua Bahagian UMNO cawangan tersebut dipercayai berkata demikian menurut laporan laman blog dalam talian tersebut.

Sebelum ini, Dr Mohd. Asri juga pernah dikaitkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) namun beliau menafikannya dengan menyatakan beliau lebih selesa dengan platform non-partisan agar dapat menegur semua pihak dengan adil dan tanpa sebarang prejudis.

Dr Mohd Asri yang juga dikenali rapat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah mendapat nasihat daripada Tun agar kekal tidak berpihak dan tiada keperluan untuk beliau menyertai mana-mana parti politik untuk tujuan berdakwah.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: