Home > Bicara Siasah, Kenyataan > Kempen Husam, kempen!

Kempen Husam, kempen!

Muktamar PAS ke-55 di Shah Alam bukan sahaja menjadi tumpuan kepada ahli PAS dan rakan pakatannya, tetapi juga mendapat perhatian serius daripada lawannya UMNO. Masing-masing memberi tumpuan kepada jawatan Timbalan Presiden PAS. Antara Ustaz Nasaruddin, Husam dan Mohd Sabu, siapakah yang akan menjadi pilihan perwakilan PAS? Saya yakin hampir 100% perwakilan telah menetapkan pilihan mereka. Terlalu sukar untuk menukar selera pilihan perwakilan kecuali ada cerita baru beserta bukti tidak enak calon pilihan asal. Perwakilan PAS bukan seperti perwakilan UMNO. Perwakilan UMNO akan merelakan segala bentuk fitnah dan dosa. Manakala perwakilan PAS sentiasa mendambakan pahala sebanyak mungkin. Solat sunat istikharah akan mengiringi perwakilan PAS di muktamar ini.

Muktamar PAS kali ini seharusnya lebih berorientasikan pemerintahan. PR diyakini akan memerintah Malaysia selepas PRU 13. Dalam tempoh masa berbaki yang mungkin kurang tiga tahun, PAS harus menyediakan pimpinan yang boleh diterima oleh bukan sahaja oleh ahli-ahli PAS sendiri, tetapi juga boleh diterima oleh rakan pakatan serta penyokong-penyokong tidak berparti. Penyokong senyap di pihak lawan juga sedang menanti tokoh nombor dua PAS di muktamar ini.

Ada di kalangan rakan-rakan yang bertanyakan siapa calon pilihan saya? Saya bukan perwakilan PAS. Saya ahli tiga parti. Saya ahli UMNO tetapi saya tidak tahu siapa yang daftarkan saya sebagai ahli UMNO. Saya ahli PAS. Saya isi borang PAS pada tahun 1998. Saya bayar yuran RM5.00. Kemudian saya tidak tahu sejauh mana status keahlian saya. Setahun kemudian, saya menyertai keADILan. Perit dan payah menyertai parti baru. Bagaimanapun alhamdulillah.

Oleh kerana PAS adalah rakan pakatan, maka apa yang berlaku dalam PAS tetap akan ada kesannya pada PR. Begitulah juga apa yang berlaku dalam PKR atau DAP, tetap ada kesannya pada PAS. Hatta mana-mana pimpinan yang terpilih menduduki jawatan penting parti tetap akan memberi impak kepada PR. Bermakna pengisian jawatan itu juga merupakan strategi parti. Kepada perwakilan PAS, tepuk dada tanya selera.

Sama ada pembaca setuju atau tidak, saya lebih mengharapkan Husam Musa memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Ini kerana saya yakin dengan stail kepimpinan dan pengalaman pentadbiran yang dimiliki oleh beliau. Husam Musa mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di Kelantan. Pengalamannya sebagai Setiausaha MB, exco dan pimpinan utama parti telah melayakkannya berada di kerusi nombor dua PAS. Apa lagi yang kurang pada Husam? Ooo, dia bukan ustaz …

Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah ikon pimpinan arwah Ustaz Fadhil Nor. Ustaz Nasa telah dua penggal menjadi Timbalan Presiden PAS. Saya melihat Ustaz Nasa telah gagal menambahkan kekuatan PAS. Bahkan beliau hampir terperangkap dengan permainan UMNO. Kekuatan PAS hadir daripada penyokong yang tidak dijemput, bukannya hadir bersama kepimpinan Ustaz Nasa. Secara luarannya, Ustaz Nasa kurang tanjak untuk memimpin PAS. Husam Musa dan Mohd Sabu lebih bertenaga dan beridea berbanding Ustaz Nasa.

Tentang calon Mohd Sabu, saya berpendapat beliau lebih layak kekal, tetap dan berpencen di jawatan AJK PAS Pusat sahaja. Tidak banyak sumbangan Mohd Sabu sebagai Naib Presiden PAS. Beliau hanya popular apabila berada di pentas ceramah. Ceramahnya lebih berkonsepkan konsert yang menghiburkan. Layak dipertimbangkan untuk jawatan Ketua Penerangan PAS, bukannya sebagai Timbalan Presiden PAS. Sekiranya beliau menang, jangan salahkan penyokong yang tidak dijemput tadi meninggalkan majlis PRU 13.

Saya mohon maaf jikalau tulisan ini mengundang kemarahan kawan dan lawan. Tetapi itulah suara hati marhaen saya. Pilihan utama saya ialah Husam Musa. Kedua tidak ada. Ketiga, jikalau adapun bagiler kat Ustaz Nasa …

http://jantantuya.blogspot.com

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: