Home > Seni dan Budaya > Sketsa politik negara: 1Malaysia

Sketsa politik negara: 1Malaysia

Kejadian berlaku pada tahun 2010. Latar tempat ialah Kuala Lumpur, Malaysia.

25 Januari 2010: 10 Ahli Parlimen PKR melompat menyertai UMNO. Seluruh negara heboh, bising, dan kacau. Kenyataan-kenyataan tipikal seperti “tidak demokratik” “mengkhianati parti” “berhijrah untuk perubahan” kedengaran berulang kali di media-media kerajaan dan pembangkang

1 Februari: Perdana Menteri meminta 20 Ahli Parlimen BN yang menghilangkan diri menyatakan pendirian dan keluar menemui masyarakat.

2 Februari 10 pagi: Perdana Menteri masuk menemui Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur. Beliau keluar setengah jam kemudian setelah cuba memaklumkan perkembangan terkini negara kepada baginda.

4 Februari 11.30 pagi: Perdana Menteri BN memaklumkan dalam sidang media bahawa Parlimen tidak akan dibubarkan.

4 Februari 3.00 petang: Dalam keadaan kelam kabut sebelum sempat mengadap Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri mengumumkan pembubaran Parlimen.

4 Februari 3.50 petang: Perdana Menteri tergesa-gesa dilihat masuk ke Istana Negara untuk mengadap Yang Di Pertuan Agong.

4 Februari 5.00 petang: Sidang Media di Kompleks PAS Putrajaya, Presiden PAS mengumumkan sokongan 40 Ahli Parlimen BN kepada PR, dengan 30 daripadanya menyertai PAS dan 10 yang melompat ke UMNO kembali ke PKR. Berita utama tersebar di mana-mana, “BN Tumbang di Malaysia, PR bentuk kerajaan.”

4 Februari 5.45 petang: Perdana Menteri mengadap YDPA di Istana Negara untuk menjelaskan kedudukan senario politik dalam negara dan meminta perkenan pembubaran parlimen.

5 Februari: Ketua Umum Pakatan memaklumkan wartawan yang PR telah memperoleh majoriti untuk membentuk kerajaan Malaysia Baru. Katanya, YDPA akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

5 Februari: Yang Di Pertuan Agong tidak perkenan membubarkan Parlimen dan menitahkan Perdana Menteri meletak jawatan. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.

5 Februari: Ketua Umum Pakatan mengumumkan Nizar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru setelah PAS memperoleh majoriti besar dengan penghijrahan 30 Ahli Parlimen BN kepadanya. Sebahagian daripadanya merupakan bukan Islam, namun hasil Muktamar tergempar PAS sebelum itu, mereka diterima menjadi ahli bersekutu PAS.

6 Februari: Majlis Angkat Sumpah Perdana Menteri baru oleh YAB Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin di hadapan Yang Di Pertuan Agong.

Bekas Perdana Menteri cuba membawa kes ke Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan dirinya masih Perdana Menteri yang sah kerana tidak dipecat atau diundi tidak percaya melalui sidang Parlimen, namun tiada seorang pun barisan peguam BN yang berani mewakilinya mengenangkan setahun sebelum itu kes yang sama pernah berlaku pada Nizar, yang kini menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Bekas Perdana Menteri terduduk dan menepuk kepalanya….

***cerita di atas adalah rekaan semata-mata, namun ia tidak mustahil berlaku hasil keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: