Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Sanggupkah Najib menjadi seperti Nizar?

Sanggupkah Najib menjadi seperti Nizar?

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi awal Januari 2010, Najib Tun Razak yang baru pulang ke kediaman rasminya di Putrajaya tiba-tiba dikejutkan dengan satu surat daripada Duli Yang Mulia Yang Di-Pertuan Agung (YDPA) bahawa beliau dan Rosmah hendaklah mengosongkan kediaman rasminya kerana YDPA telah melantik orang lain sebagai Perdana Menteri menggantikan beliau.

Alasan YDPA di dalam surat tersebut adalah ahli-ahli Dewan Rakyat khususnya daripada Pakatan Rakyat ( PR ) dan beberapa ahli BN yang mula menyokong PR telah berjumpa YDPA di Istana dan menyatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Najib dan mahu orang lain sama ada Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Surat YDPA juga menyatakan bahawa jika Najib tidak meletak jawatan beliau hendaklah dipecat daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri.

Najib merengus marah manakala Rosmah berteriak macam orang yang kena histeria. Najib yang masih marah dan berang berkata, “macam mana Tuanku dengan sewenang-wenangnya memecat patik sedangkan Parlimen tidak mengadakan apa-apa sidang atau membawa apa-apa usul atau undi tidak percaya kepada patik. Patik tidak nampak mana–mana peruntukan di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang member kuasa kepada Tuanku untuk memecat patik sebagai Perdana Menteri. Macam mana patik boleh dengan mudah dipecat dan sebagai ganti dilantik orang lain sebagai Perdana Menteri sedangkan tidak ada sebarang undi tidak percaya diluluskan di Parlimen ke atas patik.”

Keluhan Najib didengar dengan tenang oleh YDPA. YDPA dengan senyum berkata kepada Najib, “adakah YAB sudah lupa bahawa pada 22 hb Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang di tingkat bawah Palace of Justice, Putrajaya, tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Yang Arif (Y.A) Dato Raus Sharif, Y.A Dato Ahmad Maarof dan Y.A Dato’ Zainon Ali telah sebulat suara memutuskan antara lain bahawa:

a. Seorang Menteri Besar (MB), di peringkat Negeri, atau Perdana Menteri (PM) di peringkat Pusat, secara tersirat boleh dipecat atau diminta meletak jawatan jika Sultan atau YDPA memutuskan bahawa MB atau PM tidak lagi mendapat sokongan majoriti ADUN atau Ahli-Ahli Parlimen.

b. Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak atau Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa kaedah bagi menentukan bahawa seorang MB atau PM hilang keyakinan majoriti ADUN atau ahli-ahli Parlimen adalah melalui undi tidak percaya (votes of no confidence).

c. Kes Stephen Kalong Ningkan (1966) iaitu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Sarawak yang memutuskan bahawa Governor atau Sultan tidak ada kuasa memecat Ketua Menteri atau MB dan satu-satunya cara menentukan seorang MB atau PM hilang keyakinan ahli-ahli Dewan adalah melalui undi tidak percaya tidak boleh lagi dipakai.

YDPA seterusnya menambah, “bukankah keputusan Mahkamah Rayuan tersebut yang YAB inginkan bagi meraih keuntungan politik jangka pendek Datuk Seri dan Datuk Seri. Bukankah YAB juga yang berkeras tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan pemimpin partai komponen Datuk Seri sendiri supaya krisis di Perak diselesaikan secara aman dan melalui amalan demokratik iaitu dengan kembali kepada rakyat melalui Pilihanraya semula di Perak. Maka, Beta terikat dengan keputusan tersebut dan tidak boleh berbuat apa-apa. Beta dengan ini memerintahkan YAB Datuk Seri dan sekeluarga keluar dari kediaman rasmi Perdana Menteri kerana Datuk Seri bukan lagi Perdana Menteri Malaysia.”

Najib tersentak dan lemah segala sendi manakala Rosmah pula terkaku dan jatuh pengsan. Tiba-tiba mereka sedar keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei tersebut kini telah memakan diri…

**Bersediakah Najib menghadapi situasi di atas?

**Ikut ulasan lanjut Peguam Hanipa Maidin di blognya: PEGUAMPAS. Sketsa di atas juga daripada ‘karya’ beliau.

  1. SUHAIMI
    March 16, 2011 at 2:21 pm

    dlm dunia ni x ada yg mustahil..tapi …mcm mustahil..

  2. March 20, 2013 at 4:23 pm

    Mcm mustahil…org yang duduk diatas taktha tak akan turun dengan senang…

  3. June 24, 2013 at 7:57 am

    Terrific work! That is the kind of info that are supposed to be
    shared across the web. Shame on the seek engines for
    now not positioning this publish higher! Come on over and visit my website .
    Thanks =)

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: