Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Semua media dibenar buat liputan sidang DUN Perak – Speaker

Semua media dibenar buat liputan sidang DUN Perak – Speaker

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar hari ini membuat ketetapan bahawa semua pihak media akan dibenarkan untuk membuat liputan persidangan DUN Perak yang dijadual bermula pada 7 Mei ini.

Sivakumar berkata semua media termasuk yang dihalang untuk membuat liputan sebelum ini diminta untuk membuat permohonan bertulis di Pejabat Speaker, Aras 2, Bangunan Perak Darul Ridzuan mulai pukul 9 pagi esok.

“Saya akan mengeluarkan surat kebenaran kepada media-media mengikut pertimbangan saya.

“Di sini, saya menggunakan Perintahperintah Tetap 84 (DUN Perak) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Negeri untuk mengeluarkan kebenaran am kepada wakil manamana jurnal menghadiri persidangan dewan.

Perintah-perintah tetap ini juga membolehkan Yang Dipertua Dewan untuk membatalkan kebenaran yang diberi,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Sivakumar berkata arahan itu dikeluarkan untuk menjamin prinsipprinsip demokrasi dan kebebasan media.

Beliau berkata rakyat harus mengetahui apakah yang berlaku dalam persidangan secara telus.

“Tidak ada sebab untuk menghalang manamana media untuk membuat liputan. Rakyat berhak mengetahui segala gerakgeri wakil rakyat mereka di dalam Dewan Negeri,” katanya.

Sebelum ini hanya 13 media elektronik dan cetak iaitu RTM, Bernama TV, TV3, The Star, The New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, China Press, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Tamil Nanban, Tamil Nesan dan Bernama dibenarkan membuat liputan persidangan dewan yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Mei ini.

Jabatan Penerangan Perak dalam satu notis bertarikh 30 April lepas memaklumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak memutuskan bahawa setiap media cetak hanya dibenarkan untuk menghantar dua petugas manakala media elektronik dibenarkan menghantar tiga petugas untuk liputan persidangan dewan itu.

KOMEN MB

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataan menerusi laman blognya, http://www.zambry.com, beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media kerana membangkitkan soal mengehadkan bilangan wartawan serta bilangan media yang akan dibenarkan membuat liputan sidang DUN pada 7 Mei ini.

Beliau berkata walaupun arahan itu bukan datangnya daripada beliau ataupun pejabat Menteri Besar, adalah menjadi tugasnya untuk menjelaskan mengapa cadangan berkenaan dibuat oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

“Sebab utama arahan itu dikeluarkan ialah kemampuan bilik media DUN untuk menampung jumlah wartawan bagi memastikan keselesaan semasa membuat liputan. Ini adalah disebabkan jumlah yang akan menghadiri kali ini di luar jangkaan.

“Bagaimanapun atas nama ‘kebebasan media’, saya telah pun meminta Jabatan Penerangan untuk membenarkan semua media arus perdana termasuk akhbar-akhbar Cina dan Tamil untuk dibenarkan membuat liputan. Ini juga termasuk sesetengah media baru termasuk rakan-rakan bloggers,” katanya.

Beliau berkata adalah tidak adil untuk menghalang mana-mana media arus perdana termasuk akhbar Harian Metro dan Kosmo! untuk membuat liputan sidang dewan tersebut.

“Bagaimanapun, kebebasan media tidak harus disalahertikan sebagai satu ‘kuasa’ untuk membuat pemberitaan palsu, fitnah dan spekulasi yang tidak bertanggungjawab. Kebebasan mutlak akan mewujudkan anarki,” katanya. BERNAMA

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: