Home > Bicara Siasah, Hebahan, Siri Membela Kerajaan PR > Sah! Mansor Osman calon PKR di Penanti

Sah! Mansor Osman calon PKR di Penanti

PETALING JAYA: Sah! Sebagaimana diramalkan ramai, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr. Mansor Osman akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti mewakili Pakatan Rakyat.

Mansor merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang.

Ia diumumkan oleh Anwar di Yayasan Aman, Penanti di bahagian Permatang Pauh sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis pengumuman nama bakal calon itu ialah Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Anwar berkata, lewat petang semalam beliau telah mengadakan pertemuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

“Mereka telah dimaklumkan mengenai cadangan calon Keadilan dan memberi perakuan untuk sama-sama membantu kempen PRK DUN Penanti kelak,” kata dalam blog beliau.

Mansor, 56, merupakan bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau merupakan antara pesaing utama untuk menjadi calon PKR pada pilihan raya kecil berkenaan.

Difahamkan, Mansor menjadi pilihan utama memandangkan beliau tidak dicalonkan mewakili PKR sebagai senator oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Mansor pernah bertanding di peringkat DUN ketika pilihan raya umum Mac 2008.

Pilihan raya kecil Penanti adalah pilihan raya kecil keenam yang diadakan selepas pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Penanti.

Kerusi Penanti kosong apabila Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I Mohammad Fairus Khairuddin melepaskan jawatannya.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: