Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB Perak

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB Perak

PUTRAJAYA: Menteri Besar HARAM Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah. Zambry memfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.

Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu:

– sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggotaanggota Dewan;

– sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

– sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata, keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas. BERNAMA

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: