Home > Bicara Siasah > Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

Media asing sudah mula burukkan imej Najib, kata Mahathir

PETALING JAYA: Belum pun tiga minggu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan sebagai Perdana Menteri yang keenam, tetapi media Barat sudah memulakan langkah memburuk-burukkan beliau, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menambah, dari Perancis sehingga ke Britain dan Australia, rencana-rencana yang disiarkan membawa mesej yang sama dengan dipercayai maklumat disalurkan oleh rakyat tempatan.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

“Perdana Menteri yang baru dikatakan amalkan rasuah dan terlibat dalam kes bunuh.

“Penulis Australia mengatakan bahawa Malaysia adalah negara pariah,” kata Dr. Mahathir sambil menambah, “saya tidak boleh percaya usaha memburuk-burukkan yang begtiu banyak berlaku pada waktu yang sama secara kebetulan.”

Turut disertakan dalam usaha mengecam Perdana Menetri baru ialah dakwaan bahawa beliau akan membawa kembali konsep kepimpinan “Mahathirism”.

“Dengan ini, akhbar Barat nampaknya cuba menunjukkan yang Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir) merupakan seorang diktator yang menangkap orang tanpa sebab, memanipulasikan kehakiman, mengawal media dan sebagainya,” katanya.

Justeru kata Dr. Mahathir, beliau menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menghakimi dan mendefinisikan konsep “Mahathirism”.

“Mereka adalah pengundi yang Najib perlu mengambil berat. Media asing mempunyai agenda sendiri,” kata beliau dalam blognya.

Rakan-rakan media Barat di Malaysia pula menyalurkan dengan berita anti-Najib, jelas beliau.

Katanya lagi, Najib boleh menjangkakan lebih banyak laporan sedemikian daripada akhbar-akhbar asing.

Pun begitu, apa yang rakyat Malaysia fikir adalah penting dan Perdana Menteri perlu membersihkan imejnya dari segi persepsi mereka.-mStar

  1. Fatimah Hasan
    May 10, 2009 at 11:53 am

    I am proud to have a PM who has the same vision of Tun Mahadhir.We will be one Malaysia and A strong Malaysia insyaallah.Whatmore my PM and Tun M is smart and very good looking. I LOVE THEM BOTH.From where I will support them all the way regardless of what other people say especially the media barat keparat!Dengan gabungan bekas PM dan PM sekarang kita bangsa melayu dan orang2 Islam akan membangun kan Malaysia bersama.Orang Libya yang tinggal disini mengaku mereka tu raayat Malaysia sebab bangga dgn kepinpinan kita kenapa orang melayu sendiri memperkecilkan.Sewaktu saya berkerja di Vancouver saya di timpa kemalangan.I am treated by few specialist and attended to with concerned just because my PM is Tun.Who am I, just a small fly. Thank you. Wasallam

    • May 11, 2009 at 5:48 pm

      When Pak Lah stepped in as PM, his image was very clean, and the people do called him “Mr Clean”, the situation does not the same when Najib steps in as PM, his image was very dirty, people don’t believe in his capability to be a good and clean PM. Instead, people are very cautious that he is just a puppet of Tun Dr M. Whatever goodness you said about TDM, people never forget the cruelty that had been made by him when he was PM. You mentioned that Najib will help Malay Muslim in Malaysia, the abolition of 30% Bumi quota in services sector shows the other way around. Where is UMNO Youth? Where is Prowaris that were very emotional when NP was demolished in Penang by Guan Eng? Where are all those people? I am afraid that you are one of them!

  2. Baharudin Yusof
    May 13, 2009 at 11:29 pm

    I am one of the Perakan who is really sick of Najib and of course Dr M. I am not going to vote for BN anymore. UMNO is selfish and corrupt. In the next general election in Perak BN will get zero seat. Amin

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: