Home > Bicara Siasah > Tahniah kepada para bloggers

Tahniah kepada para bloggers

TAHNIAH! Kepada semua para bloggers yang siang malam menggalas tugasan diberi dengan penuh dedikasi.

Berminggu meninggalkan anak-anak dan isteri serta tilam empuk hanya untuk mencurah bakti melalui bidang tersendiri yang diminati – blog.

Biarpun tanpa gaji dan bayaran, namun segala sokongan dan layanan menghidupkan semangat untuk ‘menyebarluas kebenaran dan membongkar kemungkaran’ demi mempertahankan sebuah keadilan dari rakyat untuk rakyat.

Sumbangan yang tidak ternilai dari blog-blog anda sedikit sebanyak telah membantu kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang.

Keragaman blog-blog yang dibina telah berjaya menarik minat pengunjung alam siber untuk membaca dan menilai persembahan pelbagai rupa, kata-kata dan foto berwarna tanpa paksaan mahupun gula-gula. Segala penilaian buruk baiknya terserah sepenuhnya kepada pembaca mengikut tahap kesedaran dan fikiran.

Bukan nama yang dicari, cuma sumbangan yang tidak seberapa diberi. Agar keadilan Islam dapat berdiri untuk diwarisi generasi demi generasi.

Kepada semua para bloggers yang tidak perlu saya namakan disini kerana anda lebih mengetahui siapa diri dan dimana berdiri didalam dunia blog ini, syabas dan teruskan dedikasi menyebarluas kebenaran dan membongkar kemungkaran.

Tiada parti yang bisa membalas segala usaha baik anda melainkan hanya Allah Taala sahaja. Semoga malaikat tidak henti-henti menitipkan laporan kebaikan anda untuk dipersembahkan sebagai bukti kesaksian bahawa amalan amal makruf nahi mungkar telah diusahakan sebaik mungkin mengikut kemampuan anda.

TAKBIR!!!

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: