Home > Bicara Siasah, Kenyataan > Perutusan Kemenangan Parlimen Bukit Gantang oleh Nizar

Perutusan Kemenangan Parlimen Bukit Gantang oleh Nizar

KEMENANGAN RAKYAT PERAK DAN MALAYSIA

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bukit Gantang dimulai dengan setinggi-ting kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua, setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga, terima kasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR daripada PAS, DAP,  PKR, dan PSM serta pimpinan masing-masing di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta Bahagian.

Keempat, penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampung di semua UPU dan memberi sumbangan dalam apa-apa bentuk sekalipun, pada setiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak-banyak kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab-kelab penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa’ yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calon serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak-banyak.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama’ dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni’mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yang berjaya pada saat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM, Presiden, Timb. Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kepada saya dicalonkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dan sebagainya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua agensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datuk Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda-ayahanda, Bomba dan Penyelamat, wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain agensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal-pengawal peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan isteri saya Datin Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan atas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB Tn Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Al-faatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum…..alfaatihah. Saya dan isteri akan menziarah isteri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah di depan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato’ Zambry Kadir di Mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam-peguam saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato’ Zambry adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini dan selamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!
Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: