Home > Kenyataan, Sukan dan Riyadhah > Kesian Tok Guru…

Kesian Tok Guru…

Nik Aziz selar sikap peminat

“SAYA sangat dukacita dan malu dengan rakyat Kelantan,”
Begitulah keluhan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kejadian rusuhan selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam kelmarin.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan itu menunjukkan penyokong Kelantan tidak mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

“Insiden itu tidak sepatutnya berlaku di negeri ini yang diberi gelaran yang cukup baik termasuk ‘bumi tadahan wahyu’ yang seolah tidak seiring dengan perangai rakyatnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, Kota Bharu semalam.

Dalam kejadian itu, penyokong Kelantan membakar sebuah trak polis dan merosakkan beberapa buah kenderaan lain di pekarangan stadium tersebut.

SEGELINTIR penyokong Kelantan merusuh dan menterbalikkan trak polis di pekarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu kelmarin.

Malah, seramai dua anggota polis dan seorang peniaga mengalami kecederaan dan mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Pada perlawanan tersebut pasukan Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan 0-1.

Selain itu, Nik Abdul Aziz juga kesal terhadap penyokong Kelantan yang bertindak kasar terhadap polis yang ditugaskan menjaga keamanan dalam perlawanan itu.

“Penyokong Kelantan tidak sepatutnya melakukan sebegitu rupa kepada anggota polis yang bertugas mengawal keselamatan,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau mengharapkan insiden tersebut tidak berulang lagi dalam perlawanan di stadium itu selepas ini.

Sumber: KosmoOnline

  1. April 10, 2009 at 11:47 am

    Assalamualaikum. Bakpo la penyokong Kelate wat kerja lagu tu! Maluuu nya rakyat Kelate… Kalu bo nak buat kacau gitu, baik tok sah gi tengok bola la. Sporting la sikit, doh kalah nak buat guano…. terima lah!.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: