Home > Bicara Siasah, Hebahan, Siri Membela Kerajaan PR > Selamat Mengundi Kepada Para Pemilih

Selamat Mengundi Kepada Para Pemilih

Jam 8:00 pagi hari ni pusat-pusat pengundian di 3 kawasan Pilihanraya Kecil akan dibuka, para pemilih akan berbondong-bondong kepusat-pusat pengundian untuk menunaikan kewajipan masing-masing memilih samada calon atau parti yang dipercayai dapat menerajui kawasan masing-masing.

Hampir sepuluh hari kesemua calon-calon dan parti-parti yang bertanding berkempen secara rasmi dan secara tak rasminya, sepanjang masa kesemua calon-calon dan parti-parti yang bertanding berkempen untuk memikat hati para pemilih.

Hari ini biar rakyat yang menentukan pilihan mereka. jangan terkejut dengan keputusan yang bakal diterima. kalah menang adat bertanding. yang kalah jangan menyalahkan pihak-pihak lain dan yang menang jangan pula mendabik dada.

Ini adalah pilihan rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak telah dijatuhkan melalui cara yang paling hina, tidak bermaruah dan tidak mengikut lunas undang-undang. ayuh para pendokong keadilan. inilah masanya untuk kita mengambil kembali negeri ini secara simboliknya dengan cara yang kita dokong.

Hidupkan kembali Keadilan dan Demokrasi melalui undi anda.

“Suara Rakyat, Suara Keramat..!”

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: