Home > Bicara Siasah, Hebahan, Siri Membela Kerajaan PR > Nizar berkempen di hentian Bukit Gantang

Nizar berkempen di hentian Bukit Gantang



BUKIT GANTANG, 6 April: Hentian rehat dan rawat (R&R) di Bukit Gantang merupakan hentian yang popular menjual buah-buahan tempatan yang disukai ramai.

Antara buah-buahan yang disukai adalah buah durian, mempelam, salak, manggis, rambutan dan banyak lagi buah-buahan yang menarik dapat dilihat dan dirasai di hentian tersebut.

Calon PAS Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut turun berkempen di hentian popular itu.

Kedatangan Nizar sememangnya dinanti-nantikan oleh para pengunjung hentian itu dan juga peniaga-peniaga yang bekerja di situ.

Setibanya beliau, orang ramai mengambil kesempatan bersalaman dengan beliau selain laungan takbir juga kedengaran.

Para peniaga di hentian itu juga mengambil kesempatan dengan mempelawa calon PAS mencuba beberapa buah-buahan yang beliau sukai.

Sambil berjalan bertemu orang ramai dan mengelilingi seluruh kawasan rehat itu, Nizar juga mengedarkan risalah pilihan rayanya kepada orang ramai sambil memperingati pengundi untuk menunaikan kewajipan mengundi pada keesokan hari.

Para pengunjung juga mengambil kesempatan bergambar dengan beliau sambil memberikan kata-kata sokongan dan semangat kepada beliau.

Kedua-dua hentian Bukit Gantang di arah Utara dan Selatan menjadi tumpuan berkempen beliau untuk hari terakhir sebelum hari mengundi tiba pada keesokan harinya.

http://siasahdaily.blogspot.com

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: