Home > Bicara Siasah > Mahathir kempen bantu calon BN selepas 4 tahun

Mahathir kempen bantu calon BN selepas 4 tahun

TAIPING: Selepas satu jurang tempoh kira-kira empat tahun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kembali turun gelanggang untuk membantu Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya.

Hari ini beliau berada di bahagian Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Dr. Mahathir di Bukit Gantang pukul 10 pagi tadi dengan disambut Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan lebih 5,000 penyokong BN (betul ke?..-pen) di Dataran Proton, Simpang.

Kehadiran beliau juga disusuli dengan laungan “Hidup Mahathir, Hidup Mahathir”.

Beliau secara rasmi menyertai kembali Umno Sabtu lalu.

Kedua-dua kerusi itu merupakan tiga bahagian yang terlibat dalam pilihan raya kecil dengan hari pengundian adalah esok.

Kali terakhir Dr. Mahathir membantu calon BN ialah semasa pilihan raya umum 2004 yang diadakan enam bulan selepas beliau bersara.

Kehadiran beliau disifatkan oleh pemimpin-pemimpin BN khususnya Umno sebagai satu suntikan semangat dan sokongan menghadapi hari penentuan esok.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS menganggap kehadiran Dr. Mahathir tidak akan membawa kesan ke sokongan kepada mereka.

Terdahulu Dr. Mahathir yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir kira-kira 8.30 pagi.

Kemudian Dr. Mahathir Program Memasyarakatkan Seni Budaya di Dataran PPP Batu 2.5 Simpang anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Ia disusuli dengan perjumpaan pegawai-pegawai kerajaan bahagoan Parlimen Bukit Gantang di Kamal Lodge Bukit Larut dekat sini.

Pada sebelah petang Dr. Mahathir akan berada di DUN Bukit Selambau.-mStar-

—–

Bacaan lanjut di blog MSO>>Bila Mahathir Lepas Gian

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: