Home > Bicara Siasah, Seni dan Budaya, Siri Membela Kerajaan PR > Konsert Yasin sokong Pakatan

Konsert Yasin sokong Pakatan

Penyanyi lagu irama world music terkenal Yasin dan juara Akademi Nasyid, Azhan Atan malam tadi bukan sekadar tampil menghiburkan penonton, malah menyelitkan unsur-unsur kempen untuk pembangkang dalam persembahan mereka di Simpang, Bukit Gantang.

Yasin dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu.

“Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat,” disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.

Dalam persembahan tersebut, beliau turut menyanyi bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh dan penyanyi rap Akhbar-

Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi siulan ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah.

Membuat persembahan terakhir, Azhar menyampaikan lagu Iqra’ yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.

Suasana ceria dan santai ala konsert fun fair itu malah diserikan dengan nyanyian duet ketiga-tiga artis tersebut bersama ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan kira-kira 15 anggota pergerakan itu yang datang dari Pahang.

Penyokong PKR

Konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) itu turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi penyajak terkenal Dinsman, HMS Abu bakar dan penulis Razali Endun.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas menyampaikan tiga lagu, Yasin berkata ini merupakan “perjuangan kecil-kecil tetapi konsisten” untuk menggalas “harapan perubahan untuk Malaysia”.

Beliau bagaimanapun menafikan menganggotai PKR tetapi hanya penyokongnya sejak peristiwa reformasi 1998.

Ditanya sama ada beliau menghadapi masalah akibat kehadirannya ke pentas pembangkang, Yasin berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah:

” Setakat hari ini tidak ada,” katanya yang mendakwa sudah lebih sepuluh kali hadir di pentas pembangkang.

Sementara itu Shamsul dalam ucapannya mengkritik kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya harus ditolak.

‘SMS palsu’

Beliau menyifatkan tindakan Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA sebagai “reaksi semata-mata dan tidak berasaskan prinsip”.

Selain itu, tambahnya, beliau yang membuat laporan polis terhadap Najib berdasarkan pendedahan tergempar akhbar Perancis Leberation – yang mengaitkannya dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shariibuu – berkata telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporannya itu.

Dalam masa yang sama, tambahnya, Najib sebaliknya tidak pun dipanggil polis memberikan keterangannya.

Beliau juga mendakwa, terdapat pihak menggunakan SMS palsu kononnya daripada pemimpin utama Hindraf P Wathamoorthy dari London meminta sokongan pengundi selepas Najib mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.

Walaupun program tersebut anjuran bersama GMP, namun tiada sebarang risalah berhubung dasar kontroversi PPSMI diedarkan.-Malaysiakini

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: