Home > Uncategorized > Datuk Seri Nizar sebagai Bendahara Tun Perak moden.

Datuk Seri Nizar sebagai Bendahara Tun Perak moden.

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri lawatannya buat kali ketiga ke Bukit Gantang dalam tempoh dua minggu dengan mengajak pengundi membuat perubahan drastik dengan menolak Umno dan Barisan Nasional pada hari Selasa, 7 April depan.

Berucap di hadapan kira-kira 200 warga guru di Kg Ayer Kuning, Taiping tengahari tadi, Anwar menyeru pengundi Bukit Gantang supaya tidak melakukan kesalahan yang sama terhadap calon Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin seperti apa yang berlaku ke atas Hang Nadim, seorang pahlawan Melayu yang gugur dibunuh akibat difitnah.

Sambil menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Bendahara Tun Perak zaman moden, beliau berkata pengundi Bukit Gantang amat bertuah mempunyai calon yang berani menyatakan kebenaran dan mempunyai iltizam perjuangan yang kuat.

“Dalam hikayat Hang Tuah, Bendahara Tun Perak adalah seorang yang bijaksana dan telah menyelamatkan kerajaan Melaka ketika itu daripada angkara fitnah. Begitu juga Datuk Seri Nizar beliau juga difitnah derhaka kepada Tuanku Sultan oleh Umno tetapi rakyat tahu Umnolah sebenarnya yang derhaka terhadap raja-raja Melayu,” tegas Anwar.

Dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan Melaka diselamatkan oleh kebijaksaan Tun Perak yang menyembunyikan Hang Tuah di Ulu Melaka walaupun Sultan telah memerintahkan hukum bunuh terhadap pahlawan Melayu itu.

“Tun Perak menyembah derhaka terhadap Sultan Melaka apabila beliau ingin menyatakan sesuatu bagi membetulkan keadaan.
“begitu juga keadaannya dengan Datuk Seri Nizar apabila permohonan beliau kepada Tuanku Sultan Perak supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan ditolak maka beliau menyembah derhaka untuk mengemukakan pendapatnya. itu bukan derhaka tetapi puak-puak Umno ni apabila dengar sahaja istilah derhaka terus memfitnah bahawa beliau menderhaka kepada Sultan,” jelas Anwar lagi.

Anwar mempunyai jadual ketat dalam lawatan seharinya ke Bukit Gantang.

Sejurus berucap di kg Ayer Kuning beliau serta rombongan bergegas menghadiri majlis makan tengahari bersama penduduk Matang Gelugor dalam Dewan Undangan Negeri Kuala Sepetang.

Pada majlis tersebut Anwar mengulangi seruan beliau supaya pengundi kawasan itu keluar dengan penuh semangat untuk memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat.

“Jangan kita korbankan Datuk Seri Nizar, seorang pejuang muda yang ikhlas dalam menempuh segala rintangan. Jangan biarkan pejuang yang baru berputik ini di hancurkan oleh fitnah dan tohmah jahat Umno,” Anwar mengingatkan masyarakat Matang Gelugor.

Posted by: Thinking of Life

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: