Home > Bicara Siasah, Hebahan, Kenyataan > Perutusan YB Nizar Jamaluddin – Wajib tonton dan sebarkan!

Perutusan YB Nizar Jamaluddin – Wajib tonton dan sebarkan!

  1. April 12, 2009 at 7:52 pm

    taniah, dato diatas kemenangan YB, teruskan berjuang menghapuskan Umno diatas muka bumi ini. saya menyokong penuh usaha YB.

  2. alfarisi
    April 27, 2009 at 10:06 pm

    Kami sangat berbangga mempunyai YB seperti Ir. Nizar yang berkarisma, berilmu dan mampu mendidik rakyat menuju kesejahteraan dunia dan akhirat. Inilah sifat-sifat pemimpin yang kami tunggu sekian lama hampir 50 tahun. Akhirnya Allah makbulkan permohonan kami..syukur.. Alhamdulillah..

  3. husnuldzan
    May 15, 2009 at 8:28 pm

    Ana tak dapat respond semalam kerana server down dan baru kejap ni ok lepas buat report
    ke streamyx beberapa kali. Apapun, Syukur Alhamdulilah.

    Jazakumullahu khairan katheera kpd yang respond.

    Sebenarnya mungkin tak ramai yang tahu tentang signifcantnya Pungutan Suara / referendum
    (selepas ini disebut PS) ini.

    Correct me if m wrong. Perhaps lawyers can give accurate definition and how it
    works as far as this political dispute in Perak is concern.

    As to my understanding, nothing can over rule the result of this PS. Not the court nor the
    government.

    Contoh, dalam kes Singapura nak minta kemerdekaan melalui Malaysia. Siapa belajar sejarah tahu…
    British sebenarnya reluctant nak lepaskan Singapura yang beri banyak sumber kekayaan kpd British.
    Lee Kuan Yew yang bijak telah mempergunakan M’sia untuk mendapatkan jalan pintas bagi kemerdekaan Singapura.

    Beliau telah membuat PS. Keputusannya 71.1% rakyat beliau menyokong penubuhan Msia dan ingin bersama M’sia. Ketika ini Tuanku Abdul Rahman dan pihak British tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menerima proposal tersebut lantaran keputusan Pungutan Suara tidak boleh dibantah.

    Jadi ana merasakan ini adalah perkara yang terakhir yang boleh kita lakukan selepas beberapa usaha dan percubaan menemui jalan buntu. Wlbgmanpun kita harus fikirkan apakah bentuk ‘mechanism’ yang sesuai kerana dalam kebanyakkan contoh kes spt yang ana sebutkan dalam email terdahulu dibuat oleh pihak kerajaan itu sendiri.

    Bgmankah NGO boleh bergabung tenaga menjayakannya? Apapun… ana harap pandangan ini dapat dibawa ke pihak2 yang berkenaan. Sekurang-kurangnya satu perbincangan boleh dimulakan….

    Ana suka komen akh Fakhrul : Buat apa sahaja yang boleh dilakukan secara berkesan selagi proses demokrasi masih membenarkannya. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan….

    Wallahu a’lam.

    Ja al haqqu wazahaqal baathilu innal baathila kaa na zahuu qa.

    Email cadangan ana semalam.
    Mungkin kah kemelut di Perak boleh di selesaikan dengan cara membuat Pungutan Suara terhadap seluruh rakyat negeri Perak.?

    Pungutan suara atau dalam bahasa Inggeris dipanggil Referendum merupakan satu cara demokratik
    dimana rakyat boleh mengundi secara langsung tentang sesuatu isu yang tertentu. Biasanya ia bermula
    dengan petisyen daripada sebilangan rakyat sesebuah negara. Pelbagai isu boleh diundi seperti pilihan
    untuk menjadi sebuah negara Republik atau berpisah dari negara yang lain. Walaupun terdapat beberapa
    mekanisme yang lain untuk membuat keputusan seperti pilihan raya tetapi ia biasanya melibatkan banyak
    isu-isu yang berlainan dan pendapat orangramai mengenai satu-satu isu adalah tidak jelas berbanding
    dengan pungutan suara.

    Contoh 1: Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi
    mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia.
    mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui
    gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura tetap mempunyai kuasa
    autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat
    15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
    Lantaran Pungutan Suara tersebut, Malaysia tidak ada pilihan melainkan menerima permintaan Singapura.
    Sebenarnya ini adalah cara shorcut bagi Lee Kuan Yew untuk merdekakan Singapura dari British.
    Betulkan kalau ana silap

    Contoh 2 :
    lihat http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2606:17-feb-chavez-menang-pungutan-suara&catid=330:2009-02&Itemid=27

    17 Feb – Chavez Menang Pungutan Suara
    hugo-chavez

    CARACAS: Presiden Hugo Chavez menang pungutan suara untuk memansuhkan had penggal presiden kelmarin dan berjanji untuk terus berkuasa bagi sekurang-kurangnya sedekad lagi untuk melengkapkan

    revolusi sosialisnya. Pembangkang menerima kekalahan tetapi berkata Chavez akan menjadi diktator.

    Pertunjukan bunga api menerangi langit dan penyokong meraikan kejayaan itu di jalan raya, mengibarkan bendera merah dan membunyikan hon. Beribu-ribu penduduk berkumpul di luar Istana Miraflores, untuk menyaksikan bekas komander payung terjun itu muncul di balkoni menyanyikan lagu kebangsaan dan memberi ucapan.

    “Mereka yang mengundi ‘ya’ pada hari ini mengundi untuk sosialisme, untuk revolusi,” kata Chavez.

    Beliau menyifatkan kemenangan itu – yang membolehkan semua pegawai awam bertanding untuk dipilih semula selama-lamanya – mandat untuk mempercepatkan usahanya mengubah Venezuela kepada negara sosialis.

    Contoh 3 : lihat http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=357173

    04 September, 2008 18:11 PM

    Thai Mahu Adakan Pungutan Suara Untuk Selesaikan Kebuntuan Politik
    Oleh D.Arul Rajoo

    BANGKOK, 4 Sept (Bernama) — Kerajaan Thai yang berada di bawah kepungan akan menyerahkan kepada rakyat dalam usaha untuk kekal berkuasa dengan mengadakan pungutan suara umum Oktober ini bagi menyelesaikan krisis politik yang sedang berjalan.

    Bercakap menerusi Radio 99.5 MCOT, Perdana Menteri Samak Sundaravej berkata mesyuarat khas Kabinet yang diadakan hari ini memutuskan bahawa pungutan suara adalah cara terbaik bagi menamatkan kebuntuan itu.

    Beliau berkata cadangan itu mula ditimbulkan pada sesi khas parlimen Ahad lepas bagi membincangkan penawanan Rumah Kerajaan oleh Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) yang anti kerajaan pada 26 Ogos.

    Beliau berkata seorang anggota parlimen memetik Artikel 165 daripada Perlembagaan 2007 yang membenarkan pungutan suara diadakan bagi menyelesaikan masalah di peringkat nasional.

    “Bagaimanapun memandangkan akta untuk mengadakan pungutan suara masih belum muktamad, kami akan meminta parlimen mempercepatkan proses itu. Kemudian kami akan mengadakan pungutan suara dan menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada kerajaan atau PAD yang betul,” kata Samak, yang awal hari ini mengulangi pendiriannya untuk tidak meletak jawatan atau membubarkan parlimen bagi menamatkan kebuntuan berhubung tunjuk perasaan anti kerajaan.

    1. Email dari akhi MKMR :
    Satu idea yg brilliant drpd ukhti Hafiza. Mungkin MAFREL dgn kerjasama sdr Ibrahim Suffian dari Merdeka Center boleh mengendalikan referendum ini.

    Hmm… tapi ongkosnya mungkin menjadi halangan memandangkan kedudukan kewangan MAFREL yg amat terhad.

    MKMR
    +++++++++++++

    2. Email dari Akhi Ahmad Jamali bin Sepihie

    Salam,

    I think, Jamaiy is still the best vehicle to run such referendum rakyat. NGO has been perceived as non partisan and rakyat friendly. Dan yang penting, melalui Jamaiy, we can have access to financial resourced from those organizations behind it. MAFREL ni, tak berapa strategik untuk tujuan terserbut.

    Salam

    J

    3. Email dari akhi Fakhrul Zulkawi

    Buat apa sahaja yang boleh dilakukan secara berkesan selagi proses demokrasi masih membenarkannya. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan. Cuma jangan rasa kita “under-seige”. Selalu ;lah baca ayat terakhir surah al-Taubah sebagai senjata jiwa. Semoga ahli-ahli JIM Perak (termasuk lah penulis) agar berani melakukan sesuatu demi menegakkan kebenaran dan keadilan.

    Fakhrul

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: