Home > Bicara Siasah, Hebahan, Kenyataan, Siri Membela Kerajaan PR > Nizar: Saya bukan boneka DAP

Nizar: Saya bukan boneka DAP

eksklusif Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin diselubungi banyak kontroversi mengenai hubungannya dengan pemimpin DAP, sepanjang sebelas bulan beliau menjadi menteri besar Perak.

Sepanjang tempoh tersebut, Umno berulangkali mempersoalkan kuasa Mohd Nizar kerana DAP menguasai 18 kerusi di Dewan Undangan Negeri serta menguasai enam daripada 10 kerusi exco kerajaan negeri.

Osman JailuHanya ada tiga exco Melayu – Mohd Zainuddin Yusof (PAS) dan Jamaluddin Radzi serta Osman Jailu (foto), kedua-duanya dari PKR.

Bagaimanapun, awal Februari lalu, kedua-dua exco PKR itu, keluar parti dan menjadi ADUN bebas, dan seterusnya menjadi punca tumbangnya kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam situasi tersebut, pemimpin Umno terus menerus melabelkan Mohd Nizar sebagai ‘boneka DAP’ dan dikawal oleh dua exco kerajaan negeri dari DAP – Datuk Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming.

nizar jamaluddin interview 250309 03“Benar atau salah, itu adalah persepsi yang tidak dapat saya elak,” kata Mohd Nizar kepada Malaysiakini dalam wawancara di rumahnya di Ipoh Rabu lalu.

Katanya, persepsi itu timbul kerana beliau sentiasa dilihat bersama pemimpn DAP, contohnya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat minggu exco negeri.

Mohd Nizar mendakwa, Jamaluddin dan Osman adalah ‘kaki rokok’ dan akan hilang selepas selesai mesyuarat dan yang tinggal hanya beliau dan Zainuddin.

“Sepatutnya, Jamaluddin dan Osman ada bersama kerana ia adalah sidang akhbar. Jadi (tinggallah saya dengan Zainuddin) bersama anggota exco bukan Melayu.

“Jadi , apa yang boleh saya buat? Saya tahu ia satu persepsi. Tetapi jika saya tidak mahu ahli exco DAP hadir, maka tinggallah saya seorang, dan itu lebih teruk lagi!” katanya. –Malaysiakini

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: