Home > Bicara Siasah, Hebahan, Siri Membela Kerajaan PR > Nizar Sudah Turun Padang, Sambutan Memberangsangkan

Nizar Sudah Turun Padang, Sambutan Memberangsangkan

BELUM sampai 24 jam selepas disahkan sebagai calon Pas untuk pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin telah turun ke gelanggang menemui rakyat akar umbi bagi menjelaskan misi dan visi pilihan raya kali ini.

Ia bukan saja setakat memenuhi kekosongan kerusi ditinggalkan Allahyarham Roslan Shahrum tetapi pilihan raya kali ini membawa natijah lebih penting dari itu.

Nizar nampaknya tidak membuang masa dan terus bergerak tanpa mempedulikan dua calon lain, Ismail Saffian dan seorang calon bebas.

Pagi tadi dengan ditemani Adun Kuala Sepetang, Tai Sing Ng (PKR), Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai (DAP) dan Adun Semanggol, Ramli Tusin (PAs) Nizar telah turun ke Kuala Sepatang menemui masyarakat Cina di situ. Pengundi di kawasan ini berjumlah 19,699 pemilih.

Dalam kesempatan itu Nizar menemui semua lapiran masyarakat, peniaga, pemandu teksi, guru, orang awam, kanak-kanak, remaja, kakitangan kerajaan dan juga anggota pasukan keselamatan.

Sambutan ke atas kunjungan Niazar dan rombongan kempennya memberangsangkan. Orang Cina nampak begitu jinak dan mesra dengan Nizar dan ada yang terang-terang memberi pengakuan untuk memilih Nizar.

“Lu tak payah lusing, kita olang akan tetap undi lu…,” begitulah tutur seorang pengundi yang sudah lanjut usia. Dia tidak percaya yang datang memeluk dan berjabat tangan dengannya adalah calon pilihan raya berkenaan dan bekas Menteri Besar Perak yang masih dianggap Menteri Besar Rakyat.

“Lu olang calon wakil rakyat ke?” tanya pengundi berkenaan tidak percaya kerana mungkin baginya Nizar terlalu humble.

“Iya… iya, saya Mohdmad Nizar calon Pakatan Rakyat,” balas Nizar. Mereka berpelukan dan bertepuk bahu mesra.

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar yang dirakam Zamzarina yang mengikuti Nizar ke Kuala Sepatang kira-kira selama satu jam bermula jham 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. [wm.kl 6:30 pm 30/03/09]

oleh: Mohd Sayuti Omar

Warga Cina Kuala Sepetang sokong Nizar

KUALA SEPETANG, 30 Mac (Hrkh) – “Nizar dah sampai!” jerit seorang pemuda Cina sebaik saja kenderaan yang membawa Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tiba di pekan Kuala Sepetang pagi tadi.

Pekan yang lebih dikenal sebagai pekan nelayan itu merupakan lokasi pertama kempen Nizar pada hari ini. Penduduk Kuala Sepetang terdiri dari 90 peratus berbangsa Cina.

Beliau bersama bersama petugas PAS Bukit Gantang tiba di pekan tersebut tepat jam 11 pagi tadi.

Wajah-wajah penuh keceriaan menyambut kedatangan Nizar bersama rombongannya yang turut disertai beberapa penulis blog terkenal seperti Harris Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Sepetang, Tai Sing Ng, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan Adun Gunung Semanggol, Ramli Tusin menyambut ketibaan Nizar.

Nizar kemudiaannya dibawa mengelingi pekan tersebut bermula dari sebuah tadika Teck Teck Seah Chee Heong Koh. Sewaktu di tadika tersebut, Nizar telah bertemu ibubapa dan juga murid yang juga terkejut dengan kehadiran beliau.

Sebaik keluar dari tadika tersebut, Nizar terus bertemu rakyat di kawasan pemprosesan ikan Hong Teong Fish Dealers. Pengusaha di tempat pemprosesan itu ternyata gembira menyambut kedatangan Nizar.

Sewaktu berjalan kaki ke pekan itu juga, Nizar sempat singgah di Balai Polis Kuala Sepetang untuk bertemu dan beramah mesra dengan beberapa anggota Polis yang sedang bertugas.

Beliau juga sempat melihat kawasan ‘parking’ masjid yang sedang diturap oleh kontraktor.

“Agaknya inilah projek mee segera yang dilakukan oleh Barisan Nasional di Kuala Sepetang,”gurau Nizar kepada semua yang hadir.

Suasana menjadi gamat apabila Nizar masuk ke dalam kedai kopi di pekan tersebut dan disambut dengan gembira sekali oleh pelanggan kedai makanan dan minuman di sana.

“Kami akan terus menyokong Pakatan Rakyat,”kata salah seorang pelangan di kedai kopi cina tersebut.

Orang ramai berpusu-pusu untuk berjabat tangan dengan Nizar dan ada juga yang sempat bergambar bersama tokoh Pas itu.

Nizar telah melapangkan masa lebih kurang dua jam bersama masyarakat di pekan tersebut dengan melawat semua kedai di sana.

Penduduk Kuala Sepetang begitu yakin dengan Nizar dan berharap agar kerusi parlimen Bukit Gantang akan terus kekal dibawah PAS.

Setiap kali Nizar mengunjungi restoran atau mana-mana kedai di pekan Kuala Sepetang beliau menerima sorakan yang kuat dari penyokong golongan Cina. – mks – Harakahdaily.Net

  1. March 31, 2009 at 11:02 pm

    Allah bersamamu YAB Ir. Nizar

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: