Home > Bicara Siasah, Hebahan, Siri Membela Kerajaan PR > Nizar Imam, Muhyiddin Makmum…jom solat Maghrib!

Nizar Imam, Muhyiddin Makmum…jom solat Maghrib!

Pohon sembah derkaha!

Hari penamaan calon PRK P059 Bkt Gantang bejalan lancar dengan sedikit huru hara sewaktu saya dan isteri bersama-sama pimpinan PAS lain memasuki pintu pagar dewan perbanadaran Taiping jam 8.45pagi.Namun sewaktu pergi menunaikan solat maghrib di Masjid Simpang, saya diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat tersebut dan saya bersetuju. Sewaktu masuk kemasjid saya diberitahu Tan Sri Muhyidin Yasin, Timb Presiden UMNO, dato Zambry Kader , calun Ismail Saffian dan ramai lagi pimpinan UMNO pusat dan negeri juga ada bersama. Pimpinan UMNO berada disaf pertama.

Pada rakaat pertama saya telah membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah Al-kaafirun.

Selepas solat saya membaca doa termasuk doa Qunut Nazilah yang turut diaminkan oleh semua ma’mum termasuk pimpinan tinggi UMNO.

UMNO menganjurkan solat hajat dipimpin oleh seorang imam import, Hj Jama’iy namanya. Habis solat, imam Hj Hashim bangun dan berucap dihadapan dgn menyebut nama pimpinan UMNO Tan Sri Muhyiddin dan Dato’ Zambry. Nama saya juga disebut dan diraikan.

Imam telah mengundang saya menyampaikan tazkirah dengan memberi Tafsir ayat Quran yang saya baca pada rakaat pertama solat maghrib sebentar tadi.

Namun beberapa pimpinan UMNO setempat telah protes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus adakan majlis baca yaasin, berlaku sedikit komosi (commotion). Saya mengelak bagi memelihara suasana.

Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. Saya tersenyum dan relaks sahaja dan terus meninggalkan majlis untuk acara lain . Hujan sungguh lebat ketika itu. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi saya sewaktu meninggalkan masjid. Sekadar makluman! Doakan PR menang besar di P059 Bkt Gantang.

solat sunat subuh

..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.

Kalau benarlah lapuran ini, ertinya jemaah yang hadir “mengiktiraf” nizar mempunyai ciri2 imam yang lebih baik.

Jadi, tidakkah Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata…tak payahlah nak pergi jauh lagi…Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti….InsyaAllah…

Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk ‘calon BN doakan kemenangan PR?’

Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk ‘Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry’.

Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut:

1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah.
2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid.
3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang.
4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat.
5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama.
6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah.
7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar.
8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula.
9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan.
10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta.
11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu.
12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar.
13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry.
14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala.
15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

IMAM BESAR UMNO

“Dalam bersorak kegembiraan kerana ada presiden dan timbalan presiden baru yang menjadi imam besar dan timbalan imam besar, jangan kita lupa imam besar lama kita, Pak Lah (Abdullah), kita terhutang budi kepada Pak Lah,” katanya.

SUMBER KLIK DI SINI
Wajah seorang ‘imam’ Umno yang baru.

Dibawah ini pula Imam Sah bagi Kerajaan Negeri Perak cum Calon Parlimen P.59 Bukit Gantang.

Dan ini pula IMAM RAKYAT – Imam rakyat yang sering mengimamkan solat fardhu berjemaah di surau-surau dan masjid,

Imam yang cukup disegani oleh sekelian rakyat marhaen Perak.

Orang Pas solat berimamkan orang Umno, tak kecoh pun…Orang Umno solat berimamkan orang PAS, masuk Utusan…kecoh 1 negara..! Apa punya turr..la lu zambry..bikin malu ex-student Form 6 SPBG sajaa…! – AlBanjariOnline

  1. azman
    March 22, 2011 at 6:22 pm

    Saya berada dalam jemaah maghrib ini.Ape yg dikatakan drpd temubual 3 org itu adalah benar belaka.

  2. June 5, 2014 at 6:48 am

    Howdy! Quick question that’s completely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly?

    My blog looks weird when viewing from my iphone4.
    I’m trying to find a theme or plugin that might be able to correct this problem.

    If you have any suggestions, please share. With thanks!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: