Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Nik Aziz akur dengan pemilihan Nizar sebagai calon PAS

Nik Aziz akur dengan pemilihan Nizar sebagai calon PAS

KOTA BHARU, 24 Mac: Pemilihan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai calon PAS Bukit Gantang mendapat restu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas ia pilihan sebulat suara pemimpin PAS walaupun beliau tidak bersetuju Nizar menjadi calon sebelum ini.

“Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat.

“Saya takut berulang seperti kes dialami Dato’ Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut.

“Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar,” kata Nik Aziz ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini. Nizar diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April ini oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu ceramah di Padang Taman Kota Jaya, Taiping, malam tadi. – Siasahdaily

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: