Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Eloklah dimaki jika begini sebabnya

Eloklah dimaki jika begini sebabnya

Individu maki polis dicariPolis akan mengesan beberapa individu yang memaki hamun polis semasa sekumpulan wakil rakyat pembangkang dihalang dari memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh untuk menghadiri sidang tergempar yang dijadualkan hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Azisman Alias berkata lebih 200 orang mengadakan perhimpunan sejak awal pagi di luar bangunan itu tetapi keadaan adalah terkawal.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa individu yang mengeluarkan kata-kata kesat ke arah anggota polis dan polis akan mengesan mereka menerusi gambar yang dirakam, katanya kepada pemberita, lapor Bernama.

Azisman berkata polis juga akan meminta bantuan media untuk menyiarkan gambar-gambar mereka yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan bangunan dan mengeluarkan kata-kata kesat selain cuba menghalang anggota polis menjalankan tugas.

Polis mula mengawal kawasan itu termasuk mengadakan sekatan jalan berhampiran bangunan itu sejak petang semalam selepas menerima notis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak bahawa persidangan yang bakal diadakan adalah tidak sah.

Selepas tidak dibenar masuk ke Dewan, Speaker V Sivakumar mengadakan persidangan tergempar di bawah pokok kira-kira 100 meter dari bangunan itu pada kira-kira pukul 10.05 pagi.

Agak-agak kenapa mereka dimaki ek? Jom baca catatan di bawah ini oleh Perisik-Rakyat

Jam 9:30 pagi, delegasi ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat tiba dengan menaiki sebuah bas. Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir. Mohamad Nizar pula tiba dengan kereta rasmi Menteri Besar Perak. lagi sebiji aku tak pasti kereta sape, mungkin kereta Speaker DUN kot.

Dah sampai depa berkumpul lebih kurang 100 meter dari Bangunan SUK sebelum bersama-sama bergerak menuju ke Bangunan SUK sambil diiring ketat para pengawal-pengawal dari unit kawalan Pakatan Rakyat.

Hampir 50 meter dari Bangunan SUK, bermulalah kejadian yang tak diingini………

Mamat Songkok Tinggi & The Gang bertindak kasar dengan merempuh Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang membentuk benteng bagi menjaga keselamatan para pimpinan Pakatan Rakyat.

Sambil merempuh benteng keselamatan, mulut Songkok Tinggi & The Gang tak renti-renti dok maki hamun dan mencarut-carut dekat barisan MB & EXCO Pakatan Rakyat.

Masa kejadian rempuh-merempuh tu aku tengok ADUN Simpang Pulai kene tolak dekat salah sorang geng songkok tinggi. hampir-hampir nak tergolek YB kita tu dibuat puaka-puaka Songkok Tinggi.

Masa tu aku tengok suasana betul-betul tegang. 4-5 orang jugak wartawan dan jurugambar makan penyiku geng Songkok Tinggi masa cuba dok snap gambar depa.

Part yang paling best sekali ialah dekat sini. masa ni keadaan dah hampir-hampir tak terkawal sebab Songkok Tinggi masa ni dah masuk setan. dia pi maki dekat Dato’ Seri Menteri Besar siap angkat-angkat tangan macam nak belasah orang.

Wartawan dan Jurugambar media yang ramai-ramai ada dekat situ pakat-pakat jerit panggil polis dekat sebelah tu tapi yang sialnya POLIS BUAT TAK TAU JE…!!!


Mula dari kejadian ni la orang ramai, wartawan dan jurugambar dah naik angin. ramai yang dah berbunyi tak puas hati dengan polis yang tak dapat kawal keadaan dan sanggup tengok je geng-geng Songkok Tinggi buat gila babi.

Tapi aku puji Unit Kawalan Pakatan Rakyat yang sedaya upaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun depa ni bukan sama kaler kulit. berbeza dengan Mamat Songkok Putih yang dok laung-laungkan “ISLAM”, “ISLAM” tapi dalam masa yang sama dok maki hamun carut marut dekat Dato’ Seri MB yang sesama bangsa dan agama.

Korang tengok la betapa gila babinya Songkok Tinggi & The Gang dok sedaya upaya nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat sebab nak serang Dato’ Seri MB… lahanat sungguh…!!!

Aku tak kenal Mamat Songkok Tinggi ni sape tapi aku ada rasa malu dekat geng-geng Cina & India sebab orang yang SAH sama bangsa dengan aku dan jugak aku yakin dia ni sama agama dengan aku buat hal macam ni. amat memalukan.

Salute untuk Unit Keselamatan Pakatan Rakyat yang punya tahap kesabaran yang tinggi (lagi tinggi dari songkok Mamat Songkok Tinggi) dan berjaya menangani keadaan yang amat tegang ni dengan berhemah disamping berjaya menjaga keselamatan para Pimpinan Pakatan Rakyat dengan jayanya.

Yang ada sikit-sikit terlepas pandang tu kira halal la sebab kalau korang ada dekat situ tadi korang tau macam mana keadaan cemas tu.

Kejadian tadi jugak yang menjadi penyebab kepada berlakunya insiden orang ramai pi maki hamun polis. Memang kejadian maki hamun polis tu berlaku tapi bersebab.

Sebabnya ialah, pihak polis sendiri yang buat bodoh bila orang ramai panggil depa mintak tolong selesaikan suasana cemas tadi. semua orang tengok dengan mata kepalaa sendiri macam mana anggota polis cuma jadik TUNGGUL je dalam keadaan gawat.

Polis yang memburukkan institusi Polis, bukan orang ramai yang buat nama polis BUSUK…!!!

  1. abrah
    March 5, 2009 at 7:56 am

    Tak apa. kita tak halal kan duit rakyat yang bayar gaji mereka. Kita tuntut di akhirat nanti

  2. Zen
    March 5, 2009 at 11:20 am

    Pokoknya, polis itu BUSUK!

  3. March 12, 2009 at 11:09 am

    Dari Abdullah r.a, katanya:”Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w menceritakan seseorang di antara nabi–nabi yang dipukul oleh kaumnya hingga mengalir darahnya dan nabi itu menghapuskan darah di mukanya sambil berdoa:”Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana sesungguhnya mereka belum tahu.

    saudara-saudara yang berilmu beriknlah bimbingn kpd org yang saudara fikirkn mereka bersalah..
    bimbing lah mereka yang memerlukan bimbingan jika anda fikirkan bahawa mereka itu adlah dari golongan yang salah atau sesat…
    jgn sesekali memilih jln yang boleh memecahkan belahkan lagi perpaduan umat islam………

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: