Home > Bicara Siasah, Kenyataan, Siri Membela Kerajaan PR > Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

Sidang tergempar DUN ke arah selesaikan krisis Perak

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang kelihatan boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN. AUN Bota , Nasharuddin Hashim yang mulanya berada dalam Pakatan Rakyat selama 11 hari juga kembali kepangkuan BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung, iaitu Menteri Besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas – yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka – juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Dengan larangan itu berarti, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan Rakyat.

Krisis perlembagaan di negeri Perak ini dilihat tidak akan berakhir sekiranya rakyat tidak diberikan hak untuk mengundi sekurang-kurang untuk DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.-CinaIslam

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: