Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Siasatan keatas Speaker V Sivakumar dihentikan serta merta!

Siasatan keatas Speaker V Sivakumar dihentikan serta merta!

Hasil siasatan lebih dua jam terhadap V Sivakumar.

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pergantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerjasama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan ke atasnya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi

Siasatan polis telah dibuka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang dipilih digugurkan daripada tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau http://www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: