Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Hakim tarik diri dengar saman Nizar

Hakim tarik diri dengar saman Nizar

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Menteri Besar Perak (yang sah), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya (yang haram) Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry.-mStar-

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: