Home > Bicara Siasah, Kenyataan, Siri Membela Kerajaan PR > Speaker pohon sidang DUN Perak April

Speaker pohon sidang DUN Perak April

Feb 22: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah menghantar surat kepada Sultan memohon diadakan sidang dewan April depan.

Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata tarikh berkenaan adalah mengikut jadual persidangan yang telah dirancang pada tahun ini.

Beliau memberitahu pemberita di majlis meraikan wartawan sempena perpindahan beliau secara rasmi dari rumah kediaman menteri besar di Ipoh hari ini.

Semalam, Menteri Besar Perak yang haram, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata tarikh persidangan DUN Perak, akan ditentukan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

“Kita ada tempoh enam bulan, terpulang kepada Tuanku Sultan Perak untuk menentukan masa yang sesuai,’ katanya di Ipoh semalam.

Kali terakhir DUN bersidang pada November tahun lalu. Berdasarkan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, DUN perlu mengadakan sidang dalam tempoh enam bulan dari sidang terakhir.

Sebelum ini, Sivakumar mengambil tindakan mengejut menggantung dan melarang Dr Zambry serta enam ‘exco’ kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Undi tak percaya

Sivakumar yang mengetuai Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, mengantung Dr Zambry selama 18 bulan manakala enam exco kerajaan negeri selama 12 bulan kerana didakwa menghina DUN.

Ekoran penggantungan mereka, kerusi BN di DUN Perak berkurangan dari 28 kepada 21 kerusi, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi, dengan tiga kerusi Adun bebas.

Bagaimanapun, Dr Zambry berkata mereka akan tetap menghadiri sidang DUN.

Ditanya mengenai tindakan Speaker menggantung Zambry dan enam exconya tersebut, Bernama memetik Mohd Nizam berkata, keputusan speaker itu adalah mengikut peraturan dan kuasa beliau.

Menurutnya, wakil rakyat BN atau PR boleh mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar dalam sidang tersebut.

Keadaan berkenaan, tambahnya, menyebabkan BN kini takut untuk mengadakan sidang dewan.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: