Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Rakyat tolak kerajaan haram – Nizar

Rakyat tolak kerajaan haram – Nizar

IPOH, 22 Feb: Tindakan Barisan Nasional merampas Kerajaan Negeri Perak dari Pakatan Rakyat disifatkan seperti Yahudi yang merampas hak orang Islam di Gaza, “Inilah dua kerajaan haram di bumi ini yang rakyat tolak mereka “Kata YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin dalam majlis sempena meraikan para Petugas Unit Amal, Blogger dan wartawan di Kediaman Rasminya di sini hari ini.

Program yang diadakan itu adalah beberapa ketika beliau secara rasmi meninggalkan kediaman rasmi itu ke kediaman peribadi yang terletak tidak berapa jauh dari itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah ADUN Titi Serong, Drs, Khalil Idham Lim, ADUN Bercham, Sum Cheok Leng, Setiausaha Akhbar, Hj. Anuar Hashim, Setiausaha Politik, Hj. Misbahul Munir dan Ketua Pemuda PAS Perak, Hj. Norazli Musa.

Pada kesempatan itu Ir. Nizar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Unit Amal yang mengadakan kawalan untuknya, “Saya hargai pengorbanan tuan-tuan,”katanya.

“Terima kasih juga kepada para blogger yang berkampung di sini, melaporkan kepada dunia siber tentang kerakusan Barisan Nasional merampas kuasa dari pakatan Rakyat” . Katanya.

Beliau juga menjelaskan UMNO yang mengapi-apikan semangat perkauman telah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Pakatan Rakyat telah melahirkan rakyat yang saling menghormati antara satu sama lain, katanya.

Ir. Nizar mengimbau selama ini beliau tidak jemu membaca ayat-ayat Al Quran yang mengajak kita untuk melaksanakan pelbagai prinsip keadilan dan sebagainya.

Disamping itu beliau melahirkan kekesalan dan rasa sedih kerana kerajaan Pakatan Rakyat yang ingin membela mereka di tumbang dan dirampas.

“Saya yakin kita akan kembali” tegas Nizar.

Ir. Nizar menegaskan selagi DUN tidak dibubarkan, pelabur tidak akan percaya untuk melabur di Perak.

“Kita akan berhadapan dengan mereka, kita akan jumpa dengan mereka di Bukit Gantang, kita jadikan ini sebagai isu supaya sokongan bertambah bergantang-gantang kepada Pakatan Rakyat”.

Mengulas antara kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan pakatan Rakyat di Perak iaitu kutipan cukai tertinggi yang tidak dicapai sebelum ini sebanyak RM 263 Juta pada akhir Disember lepas. “Oleh kerana mereka tahu apabila mereka membayar cukai, ia dikembalikan kepada rakyat,” katanya.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: