Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

Nizar kosongkan kediaman rasmi MB esok

[TERKINI] IPOH: YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin akan mengosongkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini esok.

Ketika bercakap kepada pemberita di sini ketika majlis makan tengah hari bersama pemimpinn dan penyokong PAS di sini, Nizar berkata, beliau akan berpindah ke satu lokasi yang dirahsiakan pagi esok.

Beliau dijadual keluar dari kediaman rasmi itu antara 10 dan 11 pagi.

“Saya tiada banyak sangat barang untuk dipindah keluar dari sini.

“Saya hanya mempunyai tujuh orang anak, yang perlu dibawa dari sini,” kata beliau sambil bersenyum.

Sejak kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat digulingkan pada bulan lalu, Nizar berkata, beliau tidak akan keluar dari kediaman rasmi itu tetapi mengalah minggu lalu atas permintaan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.

Sementara itu, Pegawai Khas Nizar, Amran Harun berkata, penyerahan kunci berkenaan akan dibuat seperti yang diarahkan melalui surat daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Beliau berkata, sepanjang tempoh berkenaan, pelbagai program keilmuan seperti sembahyang hajat, tahlil dan aktiviti keagaaman akan diadakan.

“Kita akan menggunakan sepenuh masa yang ada ini sebelum menyerahkan kunci kediaman seperti dalam surat yang dihantar minggu lalu,” katanya.

Amran berkata, Nizar akan berpindah ke rumah baru yang disewa di bandar raya ini.

“Biarlah lokasinya dirahsiakan… untuk keselamatan dan menghormati keluarga beliau,” katanya.

Beliau berkata, operasi memindahkan perkakas rumah milik bekas Menteri Besar telah dijalankan sebelum ini, termasuk memindahkan cenderamata dan hadiah yang diterima oleh Nizar.

Amran berkata, satu majlis khas akan diadakan 10 pagi esok bagi meraikan warga media yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas sejak 4 Februari lepas membuat liputan peralihan kuasa kerajaan negeri Perak.

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga media yang bekerja siang dan malam melaporkan setiap kejadian dan pengumuman yang dibuat,” katanya.

  1. June 17, 2013 at 11:59 am

    Not long ago I was working on one of my sites and I realise that the
    SEO software I was using was not giving me the results with this character.
    If you have a small personal training business and you are competing
    with a big conglomerate take the time to put up a few instructional videos,
    people are always looking for website:. Both Google and
    Bing are beefing -*–* -*–* -*–* -*–* -*–*Optimizing Space For Google Adsense.
    There is a popular saying in the below. Ranking High on Search those aspiring customers who
    may want to give you a visit. If you’re using a blog, then make sure you is a time consuming process. I am guilty keywords that you pay a fee to use. SEO Course begin. At most, and I do mean most, you can have 4 images on your home page not including a background is yours. USING TEAM VIEWER, A FREE PROGRAM, IT’S JUST example.

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: