Home > Bicara Siasah, Siri Membela Kerajaan PR > PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

PAS Kelantan saran Ibrahim Ali letak jawatan

KOTA BHARU, 20 Feb (Hrkh) – Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali, disarankan supaya melepaskan jawatannya sebagai anggota parlimen berikutan kenyataannya sebelum ini yang lantang serta tidak menampakkan beliau setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh PAS bertanding atas tiket parti itu, Ibrahim tidak sepatutnya sering menghentam PAS serta Pakatan Rakyat.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan anggota parlimen terbabit tidak menggambarkan sama ada beliau di pihak Pakatan Rakyat, apa lagi PAS, walaupun beliau bertanding atas tiket PAS.

“Kenyataannya memperlihatkan seolah-olah beliau sahaja yang betul bahkan jelas menampakkan beliau benar-benar bebas tidak memihak pada mana-mana parti,” ujarnya.

Contohnya semalam, kata beliau lagi, jelas memperlihatkan Ibrahim bertikam lidah serta mengeluarkan kata-kata kesat kepada wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat seperti anjing, bangsat dan beruk.

Menurutnya, sekiranya Anggota Parlimen itu bermaruah, seharusnya beliau melepaskan jawatannya.

Beliau juga turut menyifatkan anggota parlimen Pasir Mas itu “tidak mengenang budi” dan menggesanya meletakkan jawatan.

“Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” kata beliau semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Takiyuddin, yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan berkata, ahli parlimen bebas itu meminta untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac tahun lepas atas tiket PAS walaupun pemimpin PAS kawasannya pernah menolak cadangan itu.

“Tok Guru (Nik Abdul Aziz) telah memberi peluang kepada dia bertanding (atas tiket PAS) walaupun kita terpaksa membelakangi kehendak ahli di kawasan itu,” katanya seperti yang dilaporkan.

Mengenai kemungkinan Ibrahim menawar diri untuk masuk PAS, beliau berkata terpulang kepada bekas anggota Majlis Tertinggi Umno itu berbuat demikian.

“Kita tidak buat tawaran kepada dia dan kita juga tidak pernah menolak kalau dia hendak masuk PAS, tetapi setakat ini dia tidak pernah meminta untuk masuk PAS,” katanya.

Sehubungan itu, Takiyuddin berkata kemungkinan Penyelia Parlimen Kawasan berkenaan akan diwujudkan untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

Tegasnya, PAS negeri sering menerima aduan dari rakyat di kawasan itu berhubung masaalah mereka yang banyak tidak diselesaikan oleh wakil rakyat terbabit.-Hrkh

  1. rozez95
    July 27, 2009 at 7:57 am

    saya bersetuju dan memang kecewa, tak sangka dengan sikap datuk ibrahim ali yang tidak berubah-ubah..kita dah tua, awak dalam UMNO pernah jadi MP atau ADUN? tak pernah.semua dlm APU dan PR…jadi letak jawatan dan uji kekuatan PAs ATAU DEMO IBRAHIM

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: