Home > Bicara Siasah, Sebaran Am, Siri Membela Kerajaan PR > NGO Serah Memorandum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak

NGO Serah Memorandum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak

Tepat jam 3.00 petang tadi satu gagasan NGO yang dikepalai oleh Tuan Azmi Abdul Hamid (Presiden TERAS) telah mengetuai pakatan NGO telah mengadakan satu majlis penyerahan Memorandum, Referandum Rakyat kepada DYMM Sultan Perak di pejabat DYMM Sultan Perak bersebelahan Istana Iskandariah.

Antara objektif utama penyerahan memorandum tersebut ialah untuk menyampaikan suara rakyat berkenaan dengan isu politik terkini yang sedang bergolak di Perak.

Dalam memorandun tersebut juga disertakan bersama sejumlah 20,000 tandatangan sokongan dari rakyat Perak dan kami difahamkan bahawa terdapat lebih 100,000 lagi tandatangan tanda sokongan daripada rakyat Perak bakal menyusul selepas ini.

Majlis penyerahan berjalan dengan cukup lancar dan memorandum berkenaan telah selamat diterima oleh wakil dari Pejabat DYMM Sultan Perak.

Selepas selesai majlis penyerahan memorandum, satu sidang akhbar telah diadakan untuk menjelaskan kepada umum sebab-sebab memorandum diserahkan (transkrip dan rakaman sepanjang majlis berlangsung dan juga sidang akhbar akan disiarkan kemudian selepas selesai kerja-kerja editor).

Berkumpul Di Perkarangan Masjid Ubudiah Sebelum Ke Pejabat DYMM Sultan Perak.

Mengumpul Tandatangan Wakil-Wakil NGO


Majlis Penyerahan Memorandum Kepada Wakil DYMM Sultan Perak


Sidang Akhbar

Cop Rasmi Pejabat DYMM Tanda Menerima Memorandum Rakyat.

Laporan daripada PerisikRakyat.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: