Home > Bicara Siasah > Anwar buat laporan polis kes mata lebam

Anwar buat laporan polis kes mata lebam

PETALING JAYA: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu lagi laporan polis mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terbabit memalsukan bukti membabitkan kejadian mata lebam pada 1998.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang tiba di balai polis Damansara Utama pada jam 11:30 pagi tadi bersama Naib Presiden PKR, R. Sivarasa.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di balai polis berkenaan kira-kira 15 minit.

Difahamkan laporan polis tersebut dibuat kerana Anwar mendakwa masih tiada tindakan yang diambil berhubung laporan kali pertama tahun lalu.

Ini merupakan kali kedua beliau membuat laporan polis berhubung isu yang sama.

Kali terakhir Ketua Umum Pakatan Rakyat itu membuat laporan berhubung isu tersebut adalah pada 1 Julai tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Kontigen Selangor.

Dalam laporannya hari ini, Anwar turut menambah maklumat berhubung pembabitan Musa dan Gani dalam memalsukan laporan berhubung penahanan beliau oleh ACP Koh pada 21 September 1998.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: