Home > Uncategorized > Nazri buta undang-undang, anggap tindakan Speaker komedi.

Nazri buta undang-undang, anggap tindakan Speaker komedi.

KUALA LUMPUR, 18 Feb.:- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz, mengeluarkan ulasan awal mengenai penggantungan Zambry dan 6 Exco yang melakukan rampasan kuasa di Perak dengan berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, melarang yang terlibat daripada menghadiri sesi Dewan sebagai satu komedi.

Sebenarnya ulasan daripada beliaulah satu komedi dan menunjukkan kejahilannya mengenai peraturan dewan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak. Sambil menyifatkan perlakuan Speaker itu juga mempersendakan Dewan berkenaan, tetapi realitinya Nazrilah yang buta undang-undang dan mempersendakan peraturan dewan yang ada di Perak.

Nazri juga mempersendakan tindakan V.Sivakumar dengan berkata, “Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu” . satu kenyataan yang tidak bertanggung jawab dan tidak menghormati langsung undang-undang sesebuah negeri.

Pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini Nazri sepatutnya terlebih dulu merujuk dengan teliti asas dan peraturan yang ada sehingga Jawatankuasa hak dan kebebasan bertindak terhadap Zambry dan 6 Exco kudeta.

Kenyataan akhbarnya dengan menggunakan perkataan “komedi”,dan “beliau langsung tidak mempunyai bidang kuasa itu” adalah kalimat yang sengaja diulang untuk memperkecilkan tindakan yang dilakukan Speaker dan ahli jawatankuasa hak dan kebebasan yang sah menurut undang-undang.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: