Home > Bicara Siasah, Kenyataan > Perangai ‘lompat parti tidak jujur’ – Bekas Mufti Perlis

Perangai ‘lompat parti tidak jujur’ – Bekas Mufti Perlis

Oleh:
Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) – Setelah mendapat banyak emel tentang isu pergelutan kuasa politik di Perak, bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi penjelasan umum berhubung perkara tersebut dan tidak bersetuju sama sekali dengan tindakan lompat parti.

“Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai lompat parti kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat.”

“Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya,” kata Mohd Asri yang dipetik daripada laman web peribadinya.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak mengkaji secara teliti tindakan yang dilakukan oleh Sultan dan Mufti Perak berhubung kerajaan baru yang dilantik termasuk dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? “Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti,” katanya dan menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak dengan lebih lanjut, sehingga beberapa persoalan dan maklumat jelas kepada beliau. –Hrkh

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: