Home > Bicara Siasah, Hebahan > Apabila prinsip bertemu siasah…

Apabila prinsip bertemu siasah…

Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.


Daripada Utusan Online:

Jawatankuasa Disiplin PKR panggil Zulkifli Nordin

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dipanggil Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam ekoran pembabitan beliau dalam perhimpunan membantah tindakan Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam.

Zulkifli berkata, ahli panel jawatankuasa itu menyifatkan tindakan beliau terlalu agresif dan bercanggah dengan pendirian parti sewaktu menyertai perhimpunan tersebut.

Menurutnya, Biro Politik PKR akan menentukan tindakan ke atasnya setelah siasatan dilakukan oleh jawatankuasa tersebut.

”Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam pada 9 Ogos lepas bagi membantah forum anti-Islam yang dianjurkan Majlis Peguam.

”Saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai himpunan aman itu malahan kalau Majlis Peguam bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya berada di sana mempertahan dan membela Islam,” tegasnya dalam blognya.

Beliau turut menegaskan tindakannya dibuat sebagai mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR.

Pada Ogos lalu, Majlis Peguam menganjurkan Forum Memeluk Islam yang mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini setelah dilihat memperbesarkan isu dan penderitaan saudara baru yang keluar daripada Islam selepas bercerai.

Rentetan daripada penganjuran forum tersebut, satu demonstrasi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam telah diadakan bagi membantahnya.

Dalam pada itu, Zulkifli yang akan mengerjakan umrah mulai esok memberitahu beliau akan memikirkan secara serius kedudukannya sebagai Ahli Parlimen.

”Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam,” ujarnya.

Daripada Blog Peguam Zulkifli Noordin:

Assalamua’laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J’kuasa Disiplin PKR untuk ‘facts finding mission’ sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai ‘fact finding missionnya’. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya’ban lepas.

Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.

Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.

Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt ‘Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.

Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.

Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.

Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.

Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.

I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisi-Nya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Adios..

Zulkifli Noordin

Fikir-fikirkanlah wahai politikus dan peminat-peminat politik sekalian, sanggupkah kita menjadi seperti beliau; berhadapan dengan parti sendiri demi Islam yang dibela, atau kita lebih rela diam membisu di kerusi empuk yang hanya sementara saja…

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: