Home > Bicara Siasah > 16 September 2008: Rampas ke alih?

16 September 2008: Rampas ke alih?

Hari ini 16 September 2008.

Kebanyakan rakyat Malaysia dan bukan Malaysia tau perkara ini. Ia sudah diwar-warkan sejak beberapa bulan lepas lagi mengenai rampasan peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat.

Usah bicara soal demokratik atau tidak tindakan ini, kerana kerajaan yang sedia ada pun dah banyak melanggar prinsip demokrasi. Namun, secara umumnya tindakan ini demokratik kerana mengikut prinsip perlembagaan, bahawa mana-mana parti atau gabungan parti yang mempunyai lebih majoriti, mereka layak memerintah.

Sudah 18 jam lebih 16 September berlalu, anda menyedari sesuatu? Mari, saya kongsikan bersama.

  • Jam 2.30 petang – Sidang Media di Ibu Pejabat PKR. Baca kenyataan media di SINI

 

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam. – DSAI

Kata DSAI, lebih 31 ahli-ahli Parlimen dari BN yang melompat berhijrah ke Pakatan Rakyat. Dan bilangan ini telah mencukupkan majoriti mudah untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan Malaysia daripada BN.

PILIHAN PAK LAH

Kini hanya menunggu Pak Lah untuk memilih dan membuat keputusan setelah Pakatan Rakyat menghantar surat untuk bertemu dengannya dan berbincang mengenai rampasan peralihan kuasa ini.

Mengikut undang-undangnya, Pak Lah mempunyai pilihan berikut:

  1. Beliau boleh melepaskan jawatan. Jika itu berlaku maka DSAI akan dipanggil mengadap untuk menerima jawatan PM.
  2. Atau Pak Lah boleh menasihati YDP Agong membubarkan Parlimen. Bermakna kita terpaksa ke pilihanraya umum dalam tempoh 60 hari.
  3. Atau Pak Lah boleh menasihati YDP Agong supaya menggantung Parlimen dan mengisytiharkan darurat. Maka jika itu yang berlaku, Parlimen & kabinet akan digantung dan YDP Agong hendaklah melantik seorang yang baginda percayai untuk menjadi Pengarah Majlis Gerakan Negara (Mageran). Pengarah yang dilantik ini mempunyai kuasa mutlak dan hanya menjawab kepada YDP Agong.

Berdoalah kita agar beliau memilih pilihan yang pertama bukan yang selainnya. Dan mudah-mudahan peralihan kuasa ini bakal membawa sinar baru untuk Umat Islam dan Islam khasnya dan rakyat Malaysia secara amnya.

  1. Leelawathy
    September 17, 2008 at 9:16 pm

    Saya pasti DSAI telah berjaya.Beliau tak pernah menghampakan rakyat .Abdullah berkata dia berpegang pada plan peralihan kuasa 2010 dalam berita bernama hari ini.Walau bagaimanapun jelas Abdullah kelihatan dalam keadaan gelisah ,tapi tuduhan dia terhadap DSAI adalah dusta sama sekali.DSAI telah pun hantar surat tetapi dia berdusta yang dia tak terima apa apa pun.Jadi, mungkin cara lain ialah dengan “press conference”,akan jadi macam kena tampar pulak.

  2. September 17, 2008 at 11:19 pm

    Kawan-kawan,
    Apabila ISA dan/atau darurat digunakan, ini menandakan pemerintah berharap agar rakyat akan keTAKUTan.
    Mari kita berHARTAL menentang ISA!!!

  3. husainibrahim
    September 19, 2008 at 10:00 pm

    Surat Pakatan Rakyat kepada Pak Lah, nilailah sendiri adakah Pak Lah bercakap benar atau…
    Surat Kepada Pak Lah

  4. saya
    September 26, 2008 at 12:14 pm
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: