Home > Seni dan Budaya > Mufti di Fenomena Seni RTM1

Mufti di Fenomena Seni RTM1

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pernah tengok rancangan Fenomena Seni tak, yang ditayangkan di RTM1 pada setiap malam Jumaat jam 10 malam? Dah lama tak tengok, yela nama pun pasal seni, berbicara tentang seni dan budaya, yang biasanya dijemput sebagai panel-panel ialah mereka yang terlibat dalam bidang seni; artis, produser, penulis lirik dan sebagainya. Tak tengok tu bukan pasal tak minat, tapi tau-tau jelah kalau dah berbicara pasal seni, kadang-kadang menonton drama lebih seronok daripada mendengar forum, tak gitu? Hmm…

Tetapi…

Dua malam yang lepas, Fenomena Seni telah menjemput SS Mufti Perlis sebagai panelnya, selain daripada dua panel yang lain iaitu Jurey Latif dan Faizal Musa. Rosyam Nor sendiri sebagai moderator berkata, tidak pernah mufti untuk turun duduk sekali berbincang dan berkongsi pendapat dalam rancangan hiburan seperti ini. Ia satu kelainan yang cuba dibawakan oleh penerbit rancangan ini dan tentunya menarik untuk kita tonton bersama. Tajuk yang dibincangkan ialah Media Baru di Hujung Jari

Moga-moga ada sesuatu yang kita dapat daripada tontonan tersebut. Kita pun tak mahu agamawan dilonggokkan dalam semua tempat (bak kata Saudara Faizal), tetapi ulama tidak bolehla sekadar memberi hukum itu dan ini, tanpa mendatangkan alternatif dan terlibat juga dalam bidang seni ini sama ada secara langsung ataupun tidak (kata pula si Mufti). Sekian dulu untuk kali ini, selamat menonton!

والسلام

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: