Home > weblog > 10 telah berlalu…di manakah kita?

10 telah berlalu…di manakah kita?

Ya, 10 telah berlalu. Apa yang sepuluhnya? Tentulah Ramadhan al-Mubarak, takkan 10 September walaupun bilangannya sama. Hmm…

Kenapa?

Ya, kenapa dengan 10 hari yang telah berlalu? Biasalah, putaran alam. Lepas sehari, seminggu, lepas seminggu sebulan. Ada masalah ke?

Hati andalah yang bermasalah, iman tak kuat! Uisy, garangnya jawapan. Desis hati sendiri bermonolog sendirian bagaikan berdua. 10 hari Ramadhan yang berlalu sepatutnya tak sama dengan 10 September yang berlalu. Kalau anda katakan sama, sebab itulah saya katakan iman anda tak kuat! Isy…

10 hari dah berlalu, dah 10 juzukkah bacaan al-Quran kita?

10 hari dah berlalu, di mana solat malam kita? masih di masjid, bersama 11 atau 23nya imam bertarawih? atau di bilik bersama PC dan PS2,3,4,5,6…

10 hari dah berlalu, meningkatkah iman dan ihtisab kita dalam berpuasa Ramadhan ini?

10 hari dah berlalu, ramaikah lagi yang tega mengunjungi masjid dan surau, markaz dan madrasah? Atau ramai itu hanya di bazaar Ramadhan untuk mencari juadah?

10 hari dah berlalu, ayuh kawan-kawan, saudara dan saudari, jangan biar lagi 10 dan 20 yang akan datang berlalu TANPA…

  • al-Quran di30juzukkan bacaannya
  • solat malam (tarawih) dijaga dan ditingkatkan
  • puasa diiringi dengan iman dan ihtisab yang meningkat
  • pengampunan yang tidak dipohon
  • mendapat apa-apa keistimewaan pun dari Ramadhan! أعوذ بالله

“Masa sekarang berlalu amat cepat”, ujar Dr Yasir ketika mengakhiri kelas Arabic Morpholgy I tadi.

“Dulu kita ternanti-nantikan kedatangan Ramadhan, bila nak sampai, sekarang kita dah berada pada hari yang ke-10 pun”.

“Saya hairan ketika melawat Mahallah, ada brothers yang membuang masa begitu sahaja, ada yang sampai 2,3 jam mengadap komputer bermain game“.

“Rugilah kalau masa yang lapang dalam Ramadhan ini dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Paling-paling tidak satu al-Quran mesti dihabiskan bacaannya dalam bulan ini”, akhiri beliau sambil menasihati kami agar menghabisi Ramadhan dengan bacaan al-Quran sekurang-kurangnya sekali khatam.

Selamat meneruskan perjuangan di bulan Ramadhan al-Mubarak yang berbaki.

Husaini Ibrahim @ www.husainibrahim.wordpress.com
53100 Gombak

Categories: weblog Tags: , , ,
  1. No comments yet.
  1. September 21, 2008 at 7:35 am

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: