Home > Sebaran Am, Seni dan Budaya > Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang

Sang Murabbi: Mencari Semangat Yang Hilang

Semalam, bukan..sebetulnya dinihari tadi, di kala sibuk mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan mid-term hari ini, kadang-kadang gatal juga tangan ini melayari internet. Dari satu laman ke satu laman, akhirnya ku perasan ada 2,3 blog yang rancak mengiklankan filem dakwah dari seberang berjudul Sang Murabbi. Kali pertama ku tertancap pada iklan filem ini iaitu di weblog seniorku, Abu Syuaib.

Tak kurang juga minat yang ditunjukkan oleh Ust Abu Saif sewaktu ber’shoutbox’ di weblognya, untuk beliau memiliki satu salinan filem ini.

Lantas, hati tergerak, dan jari menari rancak mencari pautan-pautan berkaitan dengan filem Sang Murabbi ini. Ayuh, kita tengok trailernya dulu…

Suatu perkara menarik mengenai filem ini, ia merupakan adaptasi kisah hidup seorang pendakwah terkenal di Indonesia, Ustaz Rahmat Abdullah. Kisah perjalanan hidupnya yang penuh dengan dakwah dari mula ia berazam untuk menjadi guru sehingga beliau meninggal dunia dek sakit yang ditanggungnya tetapi tidak dihiraukan atas alasan ingin menggalas beban dakwah yang terpikul.

Sebuah filem dakwah yang patut ditonton dan diambil iktibar daripadanya. Hmm, rasanya macam nak dapatkan juga VCD filem ini, anda bagaimana? Jom pesan sama-sama!

>>BACA SINOPSIS
>>PESAN VCD: kamalzharif@yahoo.com

  1. September 9, 2008 at 11:57 am

    Yeahh.. Aku dah YM dengan Kamal Zharif. Dia siap nak hantar ke Jepun tu. Tak sabar nak tonton. Filem macam ni bisa beri inspirasi kuat pada para Dai’e. Nanti dah tonton, ulas juga ya. Hehe..

  2. husainibrahim
    September 10, 2008 at 10:20 pm

    Uisy, pantasnya tindakan! Mantap..hehe..apa-apa hal kalau tengok dulu boleh tolong beri ulasan juga..ada blog jugak,kan?🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: