Home > Siri Membela Kerajaan PR > Bela atau belasah?

Bela atau belasah?

Membaca beberapa komen di ruangan surat pembaca di Utusan Online, membuatkan aku amat panas hati. Panas hati dengan propaganda dan permainan media perdana yang saban tika dan waktu tidak pernah walau sekali untuk tidak membelasah kerajaan baru di bawah pimpinan PR.

“Kenapa ni Husaini? Cuba bawa bertenang, ceritakan satu-persatu”, bisik hati kecilku mengandaikan pembaca juga akan bertanya sedemikian.

Manakan tidak, daripada satu isu ke satu isu, media perdana jarang sekali menyiarkan berita yang tepat tentang kerajaan-kerajaan PR ini. Isu yang hangat sekarang, selain perubahan kepimpinan negara pada 16 September kelak, ialah tindakan Kerajaan Negeri Perak memberikan tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina di Perak. Bisinglah akhbar-akhbar perdana seolah-olah kerajaan pimpinan Dato’ Seri Ir Nizar ni berat sebelah, utamakan kaum lain daripada anak Melayu Islam, tak utamakan sekolah agama rakyat yang dhai dan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau.

Padahal siapa dulu yang menyekat bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan negeri, sehinggakan Mufti Perak menangis merayu kepada PM ketika itu untuk mengembalikan semula bantuan itu? Siapa kalau bukan kerajaan BN dan konco-konconya? Isy, bertambah panas hati pulak rasanya |X-(. Aku terpanggil untuk entri kali ini membela kerajaan negeriku, yang padaku ada isu lain yang media perdana dan kerajaan BN cuba sembunyikan.

_________

IPOH: …Serangan terbaru pada kerajaan negeri Pakatan Rakyat ialah pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak. Pastilah akhbar berbahasa Cina semuanya melaporkan  berita itu, manakala media arus perdana cuba mempertikaikannya secara halus.

Utusan Malaysia secara halus cuba mengambarkan unsur betapa Menteri Besar memberi ruang besar pada sekolah menengah persendirian Cina melalui tajuk beritanya, dan seolah-olah mengenepikan sekolah-sekolah agama Islam.

Secara jujur Nizar berkata, pemberian itu bagi membolehkan sekolah berkenaan dapat mengusahakan tanah berkenaan dan mereka dapat menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk membiayai kos pentadbiran sekolah, kerana peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Perkara itu menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin yang dipetik sebagai berkata sekolah agama Islam dan pondok perlu juga diberi perhatian demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.
Beliau mendesak Menteri Besar memperuntukan tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina. Bagaimanapun, sesungguhnya sejak awal memerintah lagi Nizar telahpun meluluskan peruntukan RM1.3 juta setahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang selama 50 tahun tidak pernah mendapat satu sen pun peruntukan daripada kerajaan sebelum ini.
PAS akan dan sentiasa mempertahankan SAR yang telah di “bunuh” oleh UMNO sebelum ini yang sentiasa  menganggap SAR sebagai sarang perjuangan dan kelahiran penyokong PAS.
Apapun cuba bayangkan tindakan kerajaan sebelum ini, iaitu beberapa hari sebelum pilihanraya 8 Mac 2008, Tajol Rosli dan PM menganugerahkan puluhan ekar tanah setiap seorang untuk puluhan individu. Sebuah syarikat dianugerahkan untuk projek gula di Beruas dengan keluasan 5,000 ekar, tanah itu kini entah ke mana bertukar tangan. Banyak lagi tanah diperuntukan termasuk pada badan siasah seperti Umno dan parti komponen BN semasa zaman BN di negeri Perak. Tiada siapa pernah pertikaikan kerana rakyat sendiri tidak pernah tahu akan hal tragis seumpama itu pernah berlaku.

Nizar memberi jaminan akan memastikan kepentingan hak SAR terpelihara dan beliau sendiri memberi tumpuan penuh pada perkembangan pembangunan SAR. Sesungguhnnya dalam MMK, exco DAP sendiri tidak pernah campur tangan dalam urusan agama Islam di negeri Perak, malahan meminta ia ditangani dengan bijaksana dan diberi nafas untuk berkembang maju sepertimana sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang lain. END

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: